Bertaubat Jalan Hindari Ditimpa Musibah
KEJADIAN banjir dinegara kita sekarang ini menuntut kita untuk berfikir tentang tanda-tanda keesaan dan kekuasaan Allah SWT.
Allah tidak zalim terhadap makhluknya
Allah s.w.t. telah menegaskan bahawa semua yang ada di alam ini adalah milik-Nya, termasuk orang yang kita cintai, harta benda yang ditakuti akan berkurang dan hilang kerana bencana banjir, atau pangkat, jawatan, kedudukan, kerjaya dan lain-lain.
Peranan YADIM dalam penyelarasan dakwah di Malaysia
KERAJAAN Malaysia sejak pencapaian merdeka lagi telah mula menyusun hal-hal berhubung dengan pentadbiran agama Islam yang telah lama dilupai oleh pentadbiran penjajah dahulu. Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, telah menubuhkan dan mempengerusikan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dianggotai oleh semua menteri besar dan ketua menteri,juga alim ulama terpilih.
Mengapa mencintai Rasulullah?
DALAM merayakan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang merupakan suatu detik yang bersejarah dalam peradaban umat manusia, para fuqaha ahli sunnah mengkategorikan tradisi perayaan Maulidur Rasul ini sebagai bidaah hasanah. Demikian juga praktik perayaan Maulidur Rasul di negara kita telah menjadi tradisi yang mengakar dan dihormati serta mendapat dukungan daripada para ulama dan cendekiawan Muslim setempat.
Ada jalan penyelesaian perpecahan umat
PERMUSUHAN selalunya dimulai dengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi tuntutan nafsu. Dalam kes ini, jika ada halangan untuk memuaskan tuntutan nafsu, sesetengah manusia mengambil jalan mudah dan mengetepikan sifat kemanusiaannya.
Mengurus ekonomi dengan bijaksana
ISLAM mengingatkan setiap umatnya agar menggunakan kepakaran dan fikiran bagi menyelesaikan setiap masalah hidup termasuk dalam suasana kita menghadapi krisis ekonomi global ini. Bahkan al-Quran pernah mengingatkan pusingan kehidupan itu adakalanya dilimpahi nikmat dan ada ketikanya kekurangan sumber termasuk makanan. Kemakmuran yang kita kecapi kadang-kadang menyebabkan kita menjadi lupa mengenai persiapan untuk menghadapi saat-saat yang […]
Tudung kepala perintah Tuhan
SEMENJAK kebelakangan ini, kedengaran pihak-pihak yang mengatakan bahawa tudung tidak wajib dipakai oleh wanita Islam, rambut bukan aurat dan pelbagai lagi isu-isu yang ditimbulkan oleh mereka. Dengan ini penulis rasa terpanggil untuk menjawab tohmahan-tohmahan mereka terhadap agama Islam yang suci ini.
Redha terhadap ketentuan Ilahi
Dalam usaha mengharungi kehidupan duniawi, kita harus berasa senang menerima hukum dan peraturan Ilahi. Ia bersesuaian seperti mana firman Allah di dalam Surah at-Taubah ayat 59 yang bermaksud: Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang yang diberikan Allah dan rasul-Nya kepada mereka, dan berkata, “Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada […]
Malapetaka berlaku angkara manusia
HASIL kajian global yang dilakukan oleh seorang ahli geofizik dari Britain, Chrsitian Klose yang diterbitkan dalam Journal of Siesmology dan kemudiannya dipetik sebagai laporan berita Agensi pada 17 Disember 2013 memberi makna yang jelas bahawa 92 gempa bumi yang kuat adalah disebabkan oleh manusia.