KDMM 6.0 lahirkan generasi muda berjiwa dakwah
PUTRAJAYA 5 Okt. – Dalam usaha melahirkan golongan muda berjiwa daie, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan enam siri Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM 6.0) secara serentak bermula 22 September hingga 24 September lalu. Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Zaman Karulani berkata, program tahunan berkenaan telah disertai seramai 700 peserta […]
OIC pantau perkembangan perjanjian hantar balik pelarian Rohingya
KUALA LUMPUR, 4 Okt. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengikuti rapat perkembangan berhubung perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh mengenai penubuhan sebuah kumpulan kerja untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya. Dalam satu kenyataan disiarkan di laman web OIC, pertubuhan itu berkata, OIC percaya pelarian Rohingya harus kembali ke negara asal dengan selamat serta bermaruah dan kerajaan Myanmar […]
Banyak pusat tahfiz masih gagal patuhi peraturan keselamatan kebakaran
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) mendapati banyak pusat tahfiz di seluruh negara masih gagal mematuhi peraturan keselamatan kebakaran yang ditetapkan. Walaupun tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Kuala Lumpur pada 14 September lalu meragut 23 nyawa, pemeriksaan JBPM sepanjang minggu lalu menyaksikan 76 pusat tahfiz dan sekolah pondok setakat ini masih […]
USIM gondol anugerah penyelidikan, pendidikan kewangan
NILAI 4 Okt. – Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berjaya menggondol ‘Anugerah Penyelidikan dan Pendidikan Kewangan Islam Paling Cemerlang’ pada majlis penyampaian anugerah sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2017 di Hotel Istana Kuala Lumpur semalam. Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata, adalah menjadi suatu penghormatan […]