Kerajaan cadang jawatan Mufti setaraf Exco
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kerajaan mencadangkan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan jawatan Exco kerajaan negeri bagi membolehkan mufti memberikan pandangan mengenai agama Islam melalui mesyuarat Exco untuk disalurkan kepada kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pandangan yang diberikan oleh semua 14 mufti seluruh negara itu boleh disatukan […]
Golongan ateis kurang didikan agama, perlukan panduan: Mufti Perak
KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kumpulan yang tidak percayakan tuhan atau ateis adalah kerana kurang didikan agama hingga menjadikan mereka mudah keliru. “Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, sehingga tidak tahu memilih yang baik atau buruk dalam kehidupan mereka. “Golongan tidak percayakan Tuhan ini wujud kerana kurang pendidikan […]
Wanita didenda kerana pakai burkini
PARIS 7 Ogos – Gara-gara memakai burkini, seorang wanita mendakwa terpaksa membayar bil pembersihan sebanyak AS$574 (RM2,456) di sebuah kolam renang di Marseille dekat sini baru-baru ini. Lapor Metro UK, wanita tersebut, Fadila berkata, dia ketika itu sedang mandi di dalam kolam sebelum kakitangan hotel terbabit mengarahkan tetamu lain untuk keluar, kononnya atas faktor kesihatan. […]
Adili, tafsir perundangan berkaitan umat Islam selaras perlembagaan
Mahkamah Persekutuan diharapkan dapat membuat pengadilan sebaik mungkin semasa pelaksanaan kuasa pentafsiran undang-undang dalam perkara melibatkan kepentingan umat Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz. Pensyarah Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berpandangan, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan kuasa budi bicara Jabatan Pendaftaran Negara […]
Kuasa raja-raja Melayu penting untuk rakyat
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Memperkasakan kuasa raja-raja Melayu tidak bermaksud meminggirkan suara rakyat sebaliknya memastikan raja kekal relevan dan pada masa yang sama mempunyai peranan penting dalam membantu rakyat tidak kira sewaktu susah mahupun senang. Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, raja-raja Melayu yang […]