Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
KOTA TINGGI, 13 Julai – Kerajaan Kelantan mempunyai prerogatif meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) dan melaksakannya di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kuasa tersebut adalah di bawah kerajaan negeri selepas mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Perkara ini adalah prerogatif kerajaan […]
Sebat di khalayak hanya untuk orang Islam Kelantan – Zahid
KUCHING, 13 Julai (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam sahaja […]
Kyoung Seok bangunkan papan kekunci jawi
BUKIT MERTAJAM 13 Julai – Cinta yang mendalam terhadap tulisan jawi menyebabkan Prof. Dr. Kang Kyoung Seok memasang impian untuk membangun dan mengeluarkan papan kekunci khas bertulisan jawi. Dekan Fakulti Asia Tenggara di Daegu University of Foreign Studies (DUFS) Korea Selatan itu menyasarkan untuk merealisasikan impiannya itu pada 2019. Menurutnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi […]
MDN tubuh Panel Cendiakawan Ulung
PUTRAJAYA 14 Julai – Majlis Dakwah Negara (MDN) telah mengadakan majlis pelancaran Panel Cendiakwan Ulung (PCU) yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), pada 13 Julai di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Dalam majlis itu, seramai 22 orang cendekiawan Muslim telah […]