Orang Asli cekal berpuasa
GUA MUSANG – Pos Hendrop merupakan salah satu pos penempatan masyarakat Orang Asli yang mempunyai bilangan penganut agama Islam paling ramai di daerah ini. Memiliki hampir 1,000 penduduk, lebih 80 peratus daripadanya beragama Islam dan menjalani ibadat puasa sama seperti masyarakat Melayu Islam. Imam Masjid Al Hidayah Pos Hendrop, Aris Rami, 47, berkata, tahun demi […]
YADIM Sarawak sampaikan sumbangan
KUCHING 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk di dua kampung di pedalaman Miri sempena program Imarah Ramadan pada 13 dan 14 Jun lepas, kata Pengurus Eksekutifnya, Awang Dulhadi Awang Mat. Beliau berkata, program pertama telah diadakan di Kampung Taha, Beluru, Miri anjuran bersama YADIM, Majlis Agama […]
Imarah Ramadan di perkampungan Orang Asli
KOTA BHARU 19 Jun – Bagi mengimarah bulan Ramadan tahun ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, telah mengadakan program Iftar Ramadhan dan Sembahyang Terawih melibatkan masyarakat Orang Asli di Handrop, Gua Musang. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu telah turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Abdul Aziz Yusof […]
Membantu warga miskin dan hadapi masalah kesihatan
KOTA BHARU 19 Jun – Pada 14 Jun lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin yang menumpukan usaha memberi bantuan kepada warga miskin di sekitar Rantau Panjang. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu mendapat kerjasama daripada Pegawai Pembangunan Islam Rantau Panjang dan disertai oleh ahli-ahli Sukarelawan […]
YADIM Utara raikan anak yatim dan miskin
SIK 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dengan kerjasama Alumni Belia 4B Negeri Kedah telah mengadakan program Ziarah Kasih dan Iftar di Rumah Anak Yatim dan Miskin Gemilang di sini pada 18 Jun 2017. Pengurus Eksekutif YADIM Utara, Hafsah Husain berkata, program berkenaan diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin sempena […]
YADIM Sabah bawa anak yatim melawat Kuala Lumpur
KOTA KINABALU 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama anak-anak yatim pada 14 hingga 17 Jun 2017 bersamaan 19 hingga 22 Ramadhan 1438H yang lalu. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program itu dianjurkan bersama oleh YADIM dan Malaysia Airlines (MAS), Kementerian […]
Saudi pertingkat kawalan keselamatan
Kira-kira 2.5 juta jemaah mengerjakan umrah pada musim kali ini. RIYADH 18 Jun – Unit Pertahanan Awam Arab Saudi telah mempertingkatkan kawalan keselamatan sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadan bagi memastikan jemaah umrah menjalani ibadah itu dengan selesa di Mekah dan Madinah. Kira-kira 2.5 juta jemaah umrah dari dalam negara dan luar negara menunaikan ibadah […]
Jenayah buli siber dijangka meningkat jika filem ganas dalam internet tak disekat
KEPALA BATAS, 19 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangka kes jenayah buli siber akan meningkat jika filem-filem berunsur ganas dalam internet tidak disekat. Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM Dr Mazlan Ismail berkata, dalam zaman internet ini, pelbagai jenis filem boleh ditonton dalam laman web. Katanya, […]
Polis, sami Buddha bakar masjid ditahan
COLOMBO, 19 Jun- Pihak berkuasa Sri Lanka menahan seorang anggota polis dan seorang sami Buddha yang dituduh mengetuai kumpulan pelampau membakar masjid dan kedai buku milik penduduk Islam di sini. Timbalan Ketua Polis, Priyantha Jayakody berkata, rakaman kamera menunjukkan suspek bersama dua orang lagi membakar beberapa bangunan di Panadura pinggir ibu kota. “Mereka ditahan selepas […]
Cantik luaran tetapi rosak dalaman: Jakim
SHAH ALAM 19 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan masyarakat bahawa perjuangan atas nama hak kebebasan dan hak persamaan dalam isu LGBT hanyalah kosmetik yang nampak cantik pada luaran, tetapi rosak dalaman. Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, ia sebenarnya tidak menyelesaikan masalah sebenar melibatkan penyimpangan tabii golongan LGBT. “Perkara lebih […]