Parlimen Iran dibom Daesh

12 orang terbunuh, 39 cedera dalam dua serangan 7 individu bersenjata TEHRAN 7 Jun – Seramai 12 orang termasuk seorang pengawal kesela­matan Parlimen Iran terbu­nuh manakala 39 lagi cedera se­le­pas tujuh individu termasuk seorang wanita bersenjata me­lancarkan dua serangan bom berasingan di bangunan Parlimen di Tehran dan di makam Ayatollah Khomeini di selatan ibu negara […]

Sivarasa mohon maaf kepada Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas tindakannya mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik, Rabu lalu. Wakil rakyat PKR itu berkata, dia telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor menerusi sepucuk surat bertarikh […]

Belia masih mahu definisikan diri dengan agama Islam

BANGI, 7 Jun – Hasil kajian Zaaba Institute for Leadership (ZIL) mendedahkan bahawa kebanyakan golongan muda Melayu masih mahu mendefinisikan diri mereka dengan agama Islam. Pegawai Penyelidik ZIL, Assiddiq Fauzan berkata, kajian itu dijalankan pada Oktober hingga Disember tahun lalu terhadap 3,000 pengundi Melayu di lima kawasan Parlimen di Selangor. Lima kawasan tersebut merangkumi Gombak, […]

Seludup mercun waktu terawih

TUMPAT 7 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor mematahkan cubaan seludup mercun bernilai RM10,000 dalam serbuan di pangkalan haram Aziz di kampung Derdap malam tadi. Pegawai Pemerintahnya, Asisten Suprtitanden Ahmad Amri Abd Rahman berkata, sebanyak 1,260 batang mercun roket dan 102 kotak lagi adalah mercun pelbagai jenis di rampas. Katanya, aktiviti […]

Program semakan arah kiblat surau stesen minyak

KOTA KINABALU 8 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah bersama Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan program semakan semula arah kiblat surau stesen-stesen  minyak Petronas di sekitar bandaraya ini, pada 6 Jun. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program berkenaan telah dimulakan di stesen Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru Kota Kinabalu hingga […]

Program Ramadan YADIM Sarawak

KUCHING 8 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengatur pelbagai program sepanjang Ramadan ini dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk golongan saudara kita, kata Pengurus Eksekutif Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat. Beliau berkata pada 6 Jun telah diadakan program berbuka puasa dan agih bubur lambuk di Surau Darul Amanah, Kampung Penan […]

YADIM Zon Timur beri sumbangan Ramadan

KUALA TERENGGANU 8 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah mengadakan program  Gerak Mesra Ramadan pada 31 Mei lalu di sekitar Setiu bagi membantu beberapa keluarga kurang bernasib baik menyambut Ramadan. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, dalam program itu yang mendapat kerjasama daripada badan bukan kerajaan tempatan, Pewanis, sebanyak […]