`Kecemerlangan’ juga dakwah
KUALA LUMPUR 20 Mac – Golongan muda Islam perlu memperlihatkan sikap-sikap yang cemerlang dan seterusnya mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi kerana hal demikian juga merupakan satu bentuk `dakwah’. Tokoh korporat, Tan Sri Mohd. Nadzmi Salleh berkata, generasi muda Islam perlu berusaha dan mempunyai sikap ingin maju agar ia secara tidak langsung memperlihatkan ajaran […]
Bahagian Muamalah YADIM giat sebarkan maklumat
PUTRAJAYA 20 Mac – Bahagian Muamalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan empat program sepanjang Mac ini iaitu program Kembara Muamalah Masjid bersama Felda, Sembang Muamalah, Kembara Muamalah bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Muamalah Milenia. Pengurus Eksekutif Bahagian Muamalah, Zam Zarizal Mad Ariffin berkata, program-program yang diadakan itu adalah bagi menyebarkan maklumat […]
Pindaan Akta 164: Beri kesan kepada Islam
PUTRAJAYA 20 Mac- Satu persidangan meja bulat (RTD) telah diadakan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 Mac lalu bagi membincangkan mengenai cadangan meminda Akta membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Dalam RTD itu, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah diberikan penerangan oleh dua pakar undang-undang […]
Bendung ajaran sesat
PENDANG 18 Mac – Sistem pengajian secara talaqqi atau berguru dengan kitab turath (kitab warisan) merupakan senjata ampuh bagi umat Islam mengekang ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apa yang dilakukan para guru di pengajian pondok ketika ini adalah tepat dan perlu diperluaskan […]
Jangan tular, promosi Raja Bomoh
ALOR GAJAH 18 Mac – Upacara yang boleh memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan Raja Bomoh dengan ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman luar khususnya Korea Utara tidak wajar ditularkan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan menularkan apa yang dilakukan Raja Bomoh bersama-sama pengikutnya itu secara tidak langsung telah mempromosikan […]
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral perlu jadi subjek wajib lulus SPM
KUANTAN, 19 Mac – Kementerian Pendidikan disaran menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) yang mengemukakan saranan itu berkata, sudah tiba masanya kementerian berkenaan menggubal semula kedua-dua subjek itu agar generasi muda dilengkapi dengan nilai-nilai tersebut. “Salah satu cabaran untuk menjadi […]