Lawatan MDN ke Kumpulan Media Karangkraf
SHAH ALAM 10 Mac- Majlis dakwah negara (MDN-YADIM) mengadakan lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf pada 9 Mac, dalam usaha majlis berkenaan meluaskan rangakaian kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya media massa. Dalam lawatan itu, delegasi MDN diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, timbalannya, Prof. Datuk Zakaria Stapa, serta ahli-ahli […]
Sinergi ulama dan seniman dalam dakwah
Oleh WARTAWAN DAKWAH Tidak dapat dinafikan, sifat semula jadi manusia ialah menyukai seni dan hiburan. Seni dan hiburan tidak hanya menjadi alat kepada keperluan manusia untuk menghibur diri daripada kepenatan setelah balik kerja atau menghilangkan tekanan, akan tetapi seni juga menjadi media dakwah yang amat berkesan dalam menyampaikan mesej agama dan penghayatan ajaran Islam. “Keperluan […]
‘Mengembara’ ke dalam tubuh manusia
ABDUL LATHIEF AL-BAGHDADI, seorang pengembara dan ahli perubatan (ahli anatomi) dilahirkan pada 1162M di Baghdad dan meninggal pada 1231 di kota yang sama. Beliau seangkatan dengan Maimonides, iaitu ahli perubatan dan pengarang buku Aphorisme yang memuatkan sejumlah kritikan terhadap buku Galenus. Riwayat hidupnya diketahui daripada sebuah autobiografi yang ditulisnya dan masih terdapat hingga kini. Autobiografi […]
YADIM Zon Selatan anjur Kembara Dakwah
JOHOR BAHRU 6 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan akan berkolaborasi dengan beberapa pihak bagi menjayakan program, Kembara Dakwah Johor Bahru Tour 2017 bersama ulama terkenal, Syakh Muhammad bin Yahya Al-Ninowy. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, dalam program yang diadakan sebanyak lima lokasi, Syakh Muhammad akan menyampaikan ceramah […]
Sahabat YADIM sertai program TRAPI
PUTRAJAYA 6 Mac – Seminar Transformasi Permikiran Islam (TRAPI) Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan melibatkan ahli-ahli Sahabat YADIM pada 4 Mac lalu telah menarik hampir penyertaan 700 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari 14 pusat pengajian tinggi. Program yang diadakan di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka itu telah dipenuhi dengan program ceramah oleh tokoh-tokoh […]
Keterlibatan belia dalam gerakan radikal membimbangkan
PUTRAJAYA9 Mac – Keterlibatan golongan belia dalam gerakan radikalisme agak membimbangkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Timbalan perdana menteri berkata, ini kerana 80 peratus daripada tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia sehingga 20 Sept tahun lepas melibatkan mereka yang di bawah umur 40 tahun. Katanya kajian komprehensif yang dilaksanakan oleh Institut […]
RUU 355 tak perlu dipolemikkan – Penasihat Syariah
SHAH ALAM 9 Mac – Pemerkasaan institusi kehakiman khususnya bagi Mahkamah Syariah merupakan satu proses berterusan yang tidak seharusnya dipolemikkan oleh mana-mana pihak sehingga mengundang perbincangan secara tidak sihat terutamanya jika golongan terbabit tidak mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan. Menurut Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Rang Undang-Undang Akta […]
Tribunal yakin ada kes terhadap Myanmar mengenai isu Rohingya
KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Panel hakim Tribunal Awam Tetap (PPT) mengenai Myanmar yakin bahawa pertuduhan jenayah kejam terhadap etnik Rohingya dan Kachin perlu diputuskan oleh mahkamah berdasarkan bukti yang dikemukakan semasa sesi pembukaan pada 6 hingga 7 Mac di London. “Berdasarkan semua keterangan yang diberikan kepada panel, adalah jelas pihak tentera masih […]
16 pegawai dan anggota polis didakwa rasuah
KUALA LUMPUR 9 Mac : Seramai 16 pegawai dan anggota polis di empat negeri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah, hari ini. SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan, suspek terdiri daripada Deputi Superintendan, dua Asisten Superintendan, dua Inspektor dan selebihnya anggota berpangkat rendah. Katanya, lapan daripada suspek […]