YADIM kini beroperasi di Putrajaya
PUTRAJAYA 16 Februari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini beroperasi di Kompleks Islam Putrajaya (KIP) setelah berpindah dari ibu pejabat lamanya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.Perpindahan ke pejabat baru itu sekaligus memberikan imej baru kepada YADIM sebagai sebuah badan dakwah yang sudah berusia hampir 42 tahun dan seiring dengan agensi-agensi agama yang lain […]
Facebook, WhatsApp punca cerai
PONTIAN 15 Feb. – Curang terhadap pasangan menjadi faktor utama kebanyakan daripada 20 permohonan kes perceraian yang difailkan hingga 30 Januari lalu di daerah ini. Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Khalil Md. Nor berkata, selain itu masalah kewangan dan campur tangan keluarga serta kurangnya komunikasi antara pasangan turut menjadi punca perceraian mereka. Beliau berkata, […]
Johor bakal kuat kuasa undang-undang cegah salah guna nama Kesultanan Johor
JOHOR BAHRU, 16 Februari – Johor dijangka menguatkuasakan undang-undang yang mencegah dan menyekat penyalahgunaan lambang, jata dan gelaran nama-nama Kesultanan Johor tidak lama lagi. Untuk tujuan itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Rang Undang undang Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Negeri Johor 2017 akan dibentang dalam […]
Undang-undang Islam tak perlukan ‘survey’
SHAH ALAM 16 Februari – Bagi melaksanakan undang-undang Islam, tidak memerlukan sebarang ‘survey’ atau kaji selidik terutama kepada masyarakat sebaliknya bentang sahaja di dalam dewan yang sudah diwakili wakil rakyat. Demikian pandangan penganalisis undang-undang, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar yang kurang bersetuju dengan pendapat beberapa ahli akademik berkaitan pelaksanaan undang-undang Islam yang perlu meminta […]