MPK anggap perkara biasa, Exco kata tak boleh

KLANG 31 Januari – Ketika umat Islam berang dengan kewujudan sebuah tokong kecil menyerupai masjid di Bandar Bukit Raja, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula menyifatkan kewujudan tokong atau kuil seperti itu perkara biasa dan telah lama wujud di bandar tersebut. Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, terdapat beberapa rumah ibadat menyerupai masjid di bandar […]

Askar Amerika tembak mati budak perempuan di Yaman

SANA’A, 31 Januari – Tatkala laporan media memberi perhatian kepada kematian anggota tentera Amerika Syarikat (AS) ketika serangan di Yaman Ahad lalu, salah seorang mangsa paling tragis operasi diarahkan oleh Presiden Donald Trump adalah seorang budak perempuan berusia lapan tahun. Operasi hujung minggu lalu dalam usaha AS mengumpul maklumat mengenai aktiviti Al-Qaeda di Semenanjung Arab, […]

Peguam Islam Myanmar mati ditembak

YANGON, 31 Januari – Seorang peguam Islam terkemuka yang juga ahli parti pemerintah Myanmar telah ditembak mati di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, kata pegawai. Ko Ni ditembak mati ketika sedang masuk ke dalam teksi di luar balai ketibaan sekitar jam 5 petang waktu tempatan oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali, yang turut membunuh pemandu […]