Sirah Nabawiyyah wajar jadi bahan bacaan wajib di sekolah
KUALA LUMPUR 20 Januari – Buku Sirah Nabawiyyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dicadangkan menjadi bahan bacaan wajib pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia bagi membolehkan setiap pelajar Muslim di negara ini mengetahui kisah pengorbanan Nabi Muhammad SAW. Penceramah dan guru agama, Abdullah Din berkata, seharusnya buku berkenaan menjadi bahan bacaan wajib sebagaimana buku-buku sastera […]
Program pasca banjir YADIM Timur
KUALA TERENGGANU 19 Januari – Bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan, yang mengalami pelbagai kesulitan dan kemusnahan harta benda, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan beberapa program di kedua-dua negeri berkenaan baru-baru ini. Antara program yang diadakan termasuk program Cakna Pasca Banjir 2017, di beberapa buah kampung di sekitar Pasir Puteh pada […]
Myanmar beri kelulusan Flotilla masuk Sittwe
PETALING JAYA 19 Januari – Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan Myanmar telah memberi kebenaran kepada misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ untuk memasuki Sittwe di wilayah Rakhine. Katanya kapal flotilla akan berlabuh di pelabuhan di Yangon dahulu untuk memuatkan bantuan ke atas lori-lori untuk dibawa ke Sittwe […]
Setuju inisiatif dialog antara agama di Myanmar
KUALA LUMPUR 19 Januari – Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini sebulat suara bersetuju untuk inisiatif bersama antara pertubuhan itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Asean diterokai untuk membantu kerajaan Myanmar mengadakan dialog antara agama di negara itu. Ketika ditemui pada Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar OIC mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya […]
OIC laung nada kecewa terhadap kepemimpinan Myanmar
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Satu ketika dahulu, kejayaan Aung San Suu Kyi ‘merampas’ tampuk pemerintahan Myanmar dilihat bakal membawa sinar baharu kepada negara itu, namun segala-galanya kini bagaikan tidak membawa apa-apa makna. Kerajaan baharu itu dilihat gagal untuk menghentikan keganasan yang berterusan membabitkan penduduk Rohingya. Atas dasar itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui Setiausaha […]