Turki pertingkat kawalan sambut tahun baru
ISTANBUL 31 Dis. – Turki meningkatkan kawalan keselamatan menjelang sambutan tahun baru, dibayangi serangan ganas tahun lalu di kelab malam elit yang menyebabkan 39 maut. Lelaki berketurunan Uzbekistan mengamuk menggunakan raifal Kalashnikov, 45 minit sebelum memasuki 2017 di kelab malam Reina di Bosphorus, membunuh secara rawak dan kemudian melarikan diri dengan teksi. Serangan itu menjadi […]
Seorang maut, 56 cedera ditembak Israel
GAZA CITY 30 Dis. – Seorang lelaki terbunuh manakala 56 lagi rakyat Palestin cedera ditembak oleh tentera Israel dalam pertempuran terbaharu di Tebing Barat dan Gaza. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, Jamal Muslih, 20, dari khemah pelarian Al-Bureij di pusat Gaza, meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami ketika menyertai demonstrasi semalam. Kematiannya […]
Morsi dipenjara 3 tahun hina mahkamah
KAHERAH 30 Dis – Mahkamah Jenayah di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda AS$112,700 (RM457,721) ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 19 yang lain atas tuduhan menghina badan kehakiman. Aktivis terkemuka Mesir, Alaa Abdel Fattah dan Ahli Parlimen serta pengacara televisyen, Tawfik Okasha yang berdepan tuduhan yang sama hanya didenda antara […]
Iran berdepan krisis?
Pro-kerajaan tunjuk sokongan selepas protes besar-besaran TEHERAN 30 D1is. – Ribuan rakyat Iran berarak di bandar-bandar utama untuk mempamerkan sokongan kepada kerajaan selepas protes besar-besaran selama dua hari berturut-turut membantah kepimpinan Presiden Hassan Rouhani. Stesen penyiar tempatan turut menunjukkan perhimpunan di ibu kota Teheran dan perarakan yang membawa sepanduk menyokong Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali […]
Dua kubur besar mangsa Daesh ditemukan di Syria
DAMSYIK 30 Dis. – Dua kubur besar mengandungi berpuluh-puluh mayat penduduk tempatan dan tentera Syria yang dibunuh oleh kumpulan pengganas Daesh ditemukan di barat wilayah Raqa, lapor agensi berita tempatan, SANA semalam. Penemuan kubur berkenaan adalah berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh penduduk berdekatan Wawi di barat wilayah terbabit. SANA memetik sumber dari pertahanan awam […]
Lancar dana untuk Ustaz Adib
KUALA LUMPUR 30 Dis. – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melancarkan kutipan dana bagi membantu kos guaman guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Muhammad Adib Abd Halim Yahaya. Presiden Pendidik Normala Sudirman, berkata pihaknya percaya tidak ramai yang tahu kes Muhammad Adib sehingga kejadian Cikgu Azizan Manap dihadapkan ke Mahkamah Seremban, viral di […]
Peranan guru KAFA amat penting
KOTA BHARU 30 Dis. – Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) adalah aset penting dalam membentuk generasi yang cintakan negara. Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, peranan mereka adalah mendidik kanak-kanak pada peringkat awal untuk memastikan generasi masa depan negara mempunyai asas agama yang kukuh. Beliau berkata, asas […]
Berita palsu runtuhkan kehidupan, ancam negara
BUKIT GANTANG30 Dis. – Berita palsu yang disebarkan menerusi Internet boleh meruntuhkan kehidupan individu serta mengancam kestabilan negara, tidak kira apa juga niat ia ditularkan, kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Mazlan Ismail. Beliau berkata penyebaran berita palsu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi turut dialami negara-negara maju seperti Perancis, Jerman […]
Kecelaruan mental, cabaran baru generasi Z
Oleh KHAIRUL HAMIMAH MOHAMMAD JODI Hampir saban hari kita disajikan dengan pelbagai berita tentang generasi Z sama ada dibuli, didera, dibunuh, menjadi mangsa rogol, hilang dan yang paling mengejutkan hingga berani membunuh hanya kerana ejek-mengejek lalu mengorbankan puluhan nyawa yang tidak bersalah. Persoalannya, siapakah generasi Z? Adakah generasi Z kini mempunyai kecelaruan mental sehingga tidak […]
Russia bekal Turki peluru berpandu S-400
ANKARA 30 Dis – Turki dan Russia menandatangani perjanjian pembekalan peluru berpandu permukaan ke udara S-400, lapor CNN Turk dan media lain. Perjanjian S-400 itu, dilaporkan bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.15 bilion) mencetuskan kebimbangan di Barat kerana Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sistem itu tidak boleh disepadukan dalam persekitaran NATO. Ia […]