YADIM iktiraf MDN gerak usaha dakwah perpaduan

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) diberi kuasa autonomi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menggerakkan usaha dakwah, termasuk membina jalinan perpaduan masyarakat. Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad, berkata MDN boleh menggerakkan badan itu mewakili umat Islam khususnya di Kelantan sebagai suara ketiga atau kumpulan pendesak yang tidak bersifat politik. […]

Jangan biarkan perpaduan Melayu retak – MDN

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) mahukan organisasi dalam masyarakat bertindak menghentikan segera perbalahan besar dalam kalangan orang Melayu yang retak akibat perbezaan fahaman politik. Pengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata pihaknya kecewa dengan perpecahan yang semakin melebar, khususnya dalam masyarakat Melayu akibat perbalahan politik itu dan boleh […]

MDN Kelantan tubuh Majlis Pemuafakatan Ilmu, Profesional

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) Kelantan akan menubuhkan Majlis Permuafakatan Ilmuan dan Profesional Kelantan serta lima jawatankuasa kerja pembangunan masyarakat. Pesuruhjaya MDN Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamat, berkata majlis berkenaan menghimpunkan kepakaran anak Kelantan dalam pelbagai bidang yang ada di dalam dan luar negeri ini. Beliau berkata, menerusi majlis itu idea […]

Sektor kewangan Islam Malaysia
 sumbang 27 % sistem perbankan

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sektor kewangan Islam di negara ini tidak harus leka serta perlu berusaha untuk menjadi sistem kewangan terbaik bagi menarik orang ramai, orang Islam dan bukan Islam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan semasa ketika ini menunjukkan sektor kewangan Islam mempunyai tanda untuk terus berkembang dan […]

Operasi Haji 1437H berjaya – Jamil Khir

Ketika berdepan kenaikan kos haji tahun ini KUALA LUMPUR 21 Nov. – Berkat sokongan pelbagai pihak terutamanya kerajaan, Operasi Haji 1437H dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun berhadapan dengan masalah kenaikan kos haji pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jemaah haji ­Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan […]

6 anggota ‘Al Ansar Imam Mahdi’ dibebaskan

MELAKA, 21 Nov. – Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan 16 anggota kumpulan ‘Al Ansar Imam Mahdi’, termasuk ketuanya dengan jaminan RM1,500 setiap seorang. Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata,semua individu berkenaan yang berusia antara 19 hingga 54 tahun dibenarkan untuk diikat jamin tetapi akan dipanggil semula untuk perbicaraan kes pada 20 […]

1,200 orang hadir Munajat Perdana

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seramai 1,200 orang hadir dalam program Munajat Perdana anjuran Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diadakan pada 20 November di Masjid Khalid Al Walid, Kuala Lumpur. Eksekutif Kanan MAIM, Ahmad Syukri Abdul Majid berkata, program berkenaan dirangka sebagai sebahagian daripada usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat […]

Yadim dekati golongan gelandangan

KUALA LUMPUR 21 November – Dalam usaha mendekati golongan gelandangan dan menyampaikan mesej-mesej dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menerusi Bahagian Bina Ummah telah mengadakan program bersama golongan berkenaan pada 17 November yang lalu. Pengurus Eksekutif Bahagian Bina Ummah , Hamudah Hassan berkata, program berkenaan telah diadakan di sekitar dataran Masjid Negara, yang merupakan antara […]

Majlis Graduasi dan Watikah Pelantikan FMD

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Graduasi Felo Muda Dakwah 5 Siri 1/2016 dan juga Majlis Watikah Pelantikan Felo Muda Dakwah 6 Siri 2/2016 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Dewan Bukit Kiara, Damansara pada 16 November lalu. Pada majlis itu, seramai 24 orang Felo Muda Dakwah 5 Siri I […]

Karnival Street Dakwah dapat sambutan

SUNGAI PETANI 21 Nov. – Program Karnival Street Dakwah Tanab Ria Mesra 1, Gurun yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara pada 2 dan 3 telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat yang telah hadir memeriahkan pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival itu berlangsung iaitu pada 12 November lepas. Program […]