Sikap parti bukan Islam bantah RUU 355 sangat jahil

KOTA BHARU, 27 Nov. – Tindakan parti-parti komponen bukan Islam seperti MCA, Gerakan, MIC sangat mendukacitakan apabila secara lantang menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, penolakan mereka nampak dalam undang-undang sebegini nampak begitu jahil. Katanya, mereka seharusnya memahami […]

Ginella Massa pembaca berita berhijab pertama di Kanada

TORONTO, 26 Nov. – Seorang wartawan televisyen Toronto menjadi pembaca berita Kanada pertama yang memakai tudung Muslim di salah satu penyiar berita utama di bandar itu. Ginella Massa, 29, telah ditugaskan untuk ke udara bagi segmen berita CityNews pada jam 11 malam waktu tempatan minggu lalu dan kemunculannya mencipta sensasi selepas siaran berakhir. Beliau memberitahu […]

YADIM, MAIM kecam Myanmar biarkan Rohingya dibunuh

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) mengecam kerajaan Myanmar yang membiarkan insiden pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di negara itu. Yang Dipertua YADIM yang juga Pengerusi MAIM, Dr Yusri Mohamad, berkata tindakan dan layanan buruk kepada etnik itu mencabul hak asasi manusia dan batas kemanusiaan. Katanya, […]

Penjara dua tahun kalau tak solat Jumaat di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 24 Nov. – Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi. Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini. Pindaan Seksyen […]

Jangan campuri urusan agama Islam

Peringatan Abdul Hadi kepada wakil-wakil bukan Islam KUALA LUMPUR 24 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan tegas kepada wakil-wakil rakyat bukan Islam supaya jangan mencampuri urusan agama Islam yang jelas tiada kaitan dengan mereka. Abdul Hadi yang merujuk kes Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’, menzahirkan kekecewaan beliau apabila […]

Cadangan pindaan Akta 164 zalim kepada orang yang memeluk Islam

BANGI, 24 Nov. – Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Firdaus Zailani menyifatkan cadangan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) sebagai satu kezaliman daripada pihak kerajaan. Ini kerana, katanya, jumhur ulama silam termasuk Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas bahawa anak akan mengikut agama […]

Harussani gesa jangan berlembut lagi

IPOH 24 Nov. – Negara Islam termasuk Malaysia tidak perlu berlembut lagi dengan mana-mana negara yang melakukan penindasan dan kezaliman terhadap masyarakat Islam. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pendirian negara-negara Islam berhubung penindasan itu perlu dilakukan secara terang-terangan dan bukan sekadar ugutan atau cadangan semata. “Mereka juga lakukan kezaliman dan pembunuhan secara terang-terangan, […]

Penduduk Islam AS bimbang dipantau kerajaan

WASHINGTON 24 Nov. – Penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS) mengakui merasa bimbang menjadi sasaran kamera pengawasan minggu ini selepas menerima panggilan tinjauan pendapat automatik untuk mengesahkan identiti mereka. Namun tinjauan pendapat menerusi panggilan telefon yang meminta mereka menekan satu jika beragama Islam atau dua jika tidak itu sebenarnya dibuat oleh pertubuhan bukan berasaskan keuntungan […]

Kemuda anjur KDMM 5.0

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berjaya melaksanakan enam siri Kem Daie Muda Matrik (KDMM 5.0) yang merupakan siri kelima program berkenaan setelah tiga tahun hasil kerjasama dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurus Eksekutif Bahagian Kemuda, Zaman Karulani berkata, program berkenaan yang diadakan mengikut zon telah […]

Orang kafir tolak bukti

Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata – Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan […]