YADIM Zon Timur sertai program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

YADIM Zon Timur bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah berkolaborasi menjayakan program dakwah `Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk’ (DMMM) iaitu sebuah program dakwah  yang menyasarkan golongan bukan Islam pada 3 dan 4 Jun lalu. Selain YADIM Zon Timur, pihak yang terbabit dalam program ini termasuk Jawatankuasa Dakwah pertubuhan IKRAM Terengganu, Majlis Agama Islam dan […]

Radio al-Quran pertama di negara ini dilancar

IPOH, Ahad – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melancarkan radio al-quran yang julung kalinya di negara ini iaitu ‘Radio Nurul Quran Nusantara’ bagi membudayakan masyarakat Islam terutama golongan muda dalam mendampingi kitab suci berkenaan. Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd Hamid berkata, dengan menggunakan tag line ‘Nurul Quran Nurul Hayah’ yang bermaksud Cahaya al-Quran, Cahaya Kehidupan, ia u mengetengahkan konsep […]

YADIM Kenalpasti 10 NGO Kolaborasi Jayakan Program Bantu Golongan Miskin

KUALA BERANG 31 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur sedang mengenalpasti 10 Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berkolaborasi  bagi menjayakan Program Gerak Mesra Ramadan 1437H/2016M  Peringkat Negeri Terengganu bagi menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, pihaknya sedang menyusun kutipan dana dalam bentuk barangan termasuk mengenal […]

PROGRAM 3K BERI IMPAK KEPADA FMD

PASIR PUTIH, 4 Jun –  Program Kembara Kasih Kelantan (3k) yang melibatkan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM berakhir hari ini, dan telah berjaya memberikan impak positif kepada masyarakat setempat serta FMD sendiri dalam membentuk diri mereka sebagai pendakwah muda. Sejak 21 Mei lalu, mereka telah berkampung di daerah berkenaan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang merangkumi […]

Sahabat YADIM UMT anjur OSP

PADA 21 MEI lalu Sahabat YADIM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Outreach School Programme (OSP) bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Batu Rakit. Program itu telah dibimbing oleh Exco Siswi Sahabat YADIM UMT atau lebih dikenali sebagai Fadwah iaitu singkatan kepada Fikrah & Dakwah An-Nisa’. Pada program OSP kali ini, Sahabat YADIM UMT telah membawakan […]

Rakyat mesti tumpu taat setia, jujur dan ikhlas kepada Agong – Imam Besar

KUALA LUMPUR 3 Jun – Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara, seiring dengan amalan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan negara. Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, sikap kesetiaan merupakan nilai yang baik dan boleh dijadikan ikatan bagi memupuk […]

Program Istiqbal Ramadan

KANGAR 2 Jun- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara telah menganjurkan program (Ziarah Kasih) Istiqbal Ramadhan…Sinar Kasih Ramadhan: Kehadiranmu Kami Rindui hari ini bermula jam 8 pagi sehingga 12 malam di Masjid Al- Imarah, Kampung Abi Batang Paip, Kangar, Perlis. Antara pengisian proram ini ialah gotong royong membersihkan masjid, ceramah agama yang disampaikan oleh […]

Pelajar Maahad Tahfiz dipilih jadi imam solat tarawih di luar negara

KUANTAN 2 Jun – Institusi Maahad Tahfiz di negara ini semakin mendapat pengiktirafan masyarakat Islam dari luar negara apabila lima pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini dijemput menjadi imam solat tarawih di Amerika Syarikat, Sweden dan Australia sepanjang Ramadan tahun ini. Selain mengimamkan solat tarawih, mereka turut mengendalikan program-program kepimpinan, kelas fardu ain […]

Laluan jalan kaki hubung Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi dibuka

KUALA LUMPUR 2 Jun – Laluan pejalan kaki berbumbung baharu serta terowong bawah tanah menghubungkan Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi sepanjang 269 meter kini dibuka bagi laluan awam. 
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, kos sebanyak RM6 juta dibelanjakan bagi pembinaan laluan pejalan kaki dan naik taraf terowong tersebut oleh KLCC […]

Syarikat Telekomunikasi Dibenar Guna Menara Masjid Sebagai Menara Pemancar – MB

NILAI, 2 Jun (Bernama) — Syarikat telekomunikasi akan dibenarkan menggunakan menara masjid dan surau di Negeri Sembilan sebagai menara pemancar telekomunikasi mereka dalam masa terdekat. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sebagai salah satu usaha menarik minat golongan muda dan masyarakat setempat untuk pergi ke masjid. “Syarikat telekomunikasi ini nanti akan dibahagikan mengikut […]