Ziarah Prihatin SAF YADIM-KPTM

SKUAD Sukarelawan Al-Falah (SAF) YADIM-Kolej Poly-tech Mara Kota Bharu telah melaksanakan program ziarah prihatin pada bulan Ramadan ini bagi mendekati masyarakat kurang berkemampuan yang menghadapi masalah kesihatan di sekitar negeri Kelantan. Melalui program itu ahli-ahli SAF berkenaan yang merupakan pelajar-pelajar jurusan kejururawatan telah memberikan pemeriksaan kesihatan percuma serta turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian […]

Dua wanita lakar sejarah perundangan negara

SHAH ALAM 27 Jun – Institusi perundangan syariah Selangor membuka lembaran sejarah baharu di negara ini apabila me­lantik dua wanita sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pertama berkuat kuasa hari ini. Pelantikan dua hakim terbabit iaitu Noor Huda Roslan, 40, dan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, 41, diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah manakala istiadat pe­nerimaan […]

500 NGO Islam rayu cadangan pindaan Akta 355 diluluskan

KUALA LUMPUR, Jumaat – Gabungan 500 badan bukan kerajaan (NGO) Islam merayu kepada semua pihak sama ada orang Islam dan bukan Islam menyokong cadangan pindaan Akta 355. Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahaya berkata, cadangan yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini selaras dengan titah Yang Di-Pertuan Agong yang meminta langkah-langkah […]

Ahli politik AS kritik Ramadan dijemput ke masjid

HARRISBURG: Ahli politik Pennsylvania yang meminta maaf kerana mengkritik gereja yang menyiarkan mesej ‘Ramadan yang diberkati’ kepada umat Islam, menghadiri majlis keagamaan dan berbuka puasa di masjid Harrisburg. Anggota lembaga sekolah, Matthew Jansen, dijemput ke Masjid Hadee, memberitahu Komuniti Islam Ahmadiya bahawa kenyataannya sebelum ini adalah ‘reaksi tidak berfikir panjang’. Jansen ialah anggota Daerah Sekolah […]

Negara Maslahah mengikut Al-Ghazali

oleh Mohd Shauki Abdul Majid PADA 22 Jun lalu, berlangsung majlis wacana pemikiran politik Islam di Dewan Tun Hussen Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Program itu mengupas buku bertajuk, Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dalam Konteks Politik Malaysia karya Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul dan diulas oleh Prof Madya Dr. Abdul Salam […]

Irsyad di lapan lokasi seluruh negara

KUALA LUMPUR 27 Jun – Pada 24 hingga 26 Jun telah berlangsung program Ikhtikaf Ramadan Sahabat Yadim (Irsyad) di lapan lokasi berlainan di seluruh negara. Program berkenaan yang masuk tahun kedua penganjurannya, telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mendekatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan masyarakat di peringkat akar umbi serta melatih ahli-ahli Sahabat Yadim […]

ASMA’ BINTI ABU BAKAR

Nama lengkapnya adalah Asma’ binti Abdullah bin Uthman Abi Bakar As- Siddiq. Lahir pada tahun 27 sebelum Hijriah dan termasuk orang pertama yang memeluk Islam (Assabiqun Awwalun). Dia adalah saudara perempuan Sayyidah Aisyah dari sebelah ayah. Menikah dengan Zubair bin Awwab yang dikenali sebagai salah seorang dari orang yang dijanjikan masuk syurga. Bahkan dia merupakan […]

500 kes tolak vaksin dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini

GEORGE TOWN 24 Jun – Terdapat 500 kes ibu bapa yang menolak suntikan vaksin dicatat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya. Beliau berkata, jumlah yang tinggi itu mencetuskan kebimbangan kerana ia membahayakan dan mendedahkan anak-anak mereka kepada penyakit yang boleh menyebabkan kematian. “Saya hairan mengapa […]

Israel cemari kesucian al-Aqsa

BAITULMAQDIS – PALESTIN. Kumpulan pelampau Yahudi diiringi rejim Zionis bertindak biadab menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur hingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin, awal pagi semalam. Tentera Israel turut melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru keluli bersalut getah untuk menyuraikan mereka. Saksi mendakwa beberapa orang cedera ditembak dan kira-kira empat penduduk Palestin juga […]

Mufti: Hukum suntikan vaksin adalah harus

SHAH ALAM – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan hukum suntikan vaksin sebagai harus sama ada untuk merawat penyakit ataupun bersifat pencegahan daripada dijangkiti penyakit. Menurutnya, ia selaras dengan pendapat ramai tokoh ulama namun ia perlu menepati beberapa kriteria. “Pertama, berlakunya keperluan yang mendesak dan kedua, testimoni telah mengatakan ia dapat memberikan […]