Rasuah: Bekas pegawai TLDM didenda RM100,000, harta RM1.6 juta dirampas

IPOH, 3 Ogos – Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM1.5 juta, berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM antara 2013 dan 2015. Terdahulu, tertuduh Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir,38, yang pernah bertugas sebagai Pegawai […]
Program televisyen berunsur lucah, LGBT perlu ditarik siaran

KUALA LUMPUR, Rabu – Stesen televisyen perlu lebih bertanggungjawab dengan sentiasa membuat tapisan dan pemantauan terhadap sebarang isi kandungan program atau rancangan yang disiarkan. Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata pihak berkenaan perlu peka dengan sensitiviti masyarakat negara ini, dengan tidak menyiarkan program yang kandungannya […]
Kursus Muamalah Milenia

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Bahagian Muamalah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah berjaya melaksanakan program Kursus Muamalah Milenia bertempat di Dewan ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak, pada 27 hingga 28 Julai lalu. Pengurus Bahagian Muamalah Yadim, Zamzarizal Mad Ariffin berkata, program itu telah disertai oleh para pelbagai pihak termasuk pelajar institusi pengajian […]
Peraduan Video Pendek Celik Muamalah 2016

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mempelawa para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara untuk menyertai Peraduan Video Pendek Celik Muamalah 2016, yang merupakan satu inisiatif badan ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai muamalah Islam. Pengurus Eksekutif Bahagaian Muamalah Yadim, Zamzarizal Mad Ariffin berkata, peraduan itu diadakan dengan kerjasama […]
Tiga pasangan kekasih disebat di Acheh

ACHEH, Rabu – Tiga pasangan kekasih yang mengaku melakukan kelakuan tidak sopan disebat di khalayak ramai di perkarangan Masjid Al Furqan di Beurawe Banda Acheh, semalam. Mereka dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 20 kali bersama pasangan masing-masing. Jurucakap pihak berkuasa, Yusnardi berkata, kesemua mereka ditangkap melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi di Banda Aceh. “Susulan itu […]
Pengebom pusat hiburan hadapi satu lagi pertuduhan

KLANG 2 Ogos – Operator kilang yang didakwa terlibat dalam kes pengeboman sebuah pusat hiburan di Puchong, dua bulan lepas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas. Jonius Ondie @ Jahali, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mariam […]
Sampaikan pengertian Islam sebenar

Media tempatan berperanan sebagai medium penerangan – TPM CYBERJAYA 2 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu media tempatan khususnya stesen televisyen berperanan sebagai medium kepada kerajaan dalam menerangkan pengertian agama Islam sebenar menerusi program-program berbentuk keagamaan sedia ada dan baharu. Menurutnya, pengisian program-program yang disiarkan hendaklah lebih terbuka kepada […]
Pope Francis pertahan Islam

Agama suci tiada kaitan dengan keganasan ROM 1 Ogos – Pemimpin agama Vatican City, Pope Francis semalam menyatakan, tindakan mengaitkan Islam dengan keganasan adalah satu kesalahan, sebaliknya menyatakan ketidakadilan sosial dan wang sebagai punca utama keganasan. Francis menjelaskan, hampir setiap agama mempunyai segelintir pengikut yang menganut fahaman pelampau termasuk Katolik memandangkan keganasan turut berlaku di […]
56 masjid diwartakan Bangunan Warisan Melaka akan dibaik pulih: Perzim

MELAKA, 1 Ogos – Sebanyak 56 masjid yang diwartakan sebagai Bangunan Warisan Melaka bagi memulihara khazanah sejarah negeri ini kini dalam usaha baik pulih melalui kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Kerajaan Melaka. Pengurus Besar Perzim Datuk Khamis Abas berkata antara masjid yang terlibat Masjid Lama Machap dan Masjid Lama Parit Melana, Alor Gajah, Masjid […]
UniSZA bakal guna sistem wakaf bangunkan universiti

KUALA NERUS, 1 Ogos – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menjadi sebuah universiti yang menjalankan sistem wakaf menggunakan konsep sama seperti Universiti Al-Azhar bagi pembangunan dan mengurangkan kos pengurusan universiti berkenaan. Ahli Lembaga Pengarah Unisza merangkap alumni universiti itu, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata usaha tersebut selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan Tinggi yang […]