Jawatankuasa khas dibentuk mewakili komuniti Cina Muslim

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mewakili 75,000 Cina Muslim di negara ini dalam usaha menangani pelbagai isu membabitkan komuniti tersebut. Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, penglibatan golongan Cina Muslim yang merupakan satu peratus daripada populasi […]

KEMUDA anjur mukhayyam Sahabat YADIM

BUAT kesekian kalinya, Bahagian Kepimpinan Muda Yadim (KEMUDA) akan menganjurkan Mukhayyam Ukhuwwah Sahabat Yadim (MUHSIN) bermula pada 12 Ogos ini 10 lokasi berasingan di seluruh negara. Pengurus Eksekutif Kemuda, Zamani Karulani berkata, program berkenaan diilhamkan bagi mengukuhkan ukhuwwah dan perkaderan kepimpinan Islam di kalangan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Sahabat YADIM. “Program ini ternyata, telah […]

Pokemon Go: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setuju dengan Jakim, Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak akan mengadakan sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai permainan Pokemon Go, kata Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin. Sebaliknya, kata beliau, pihaknya bersetuju dengan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyokong penuh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perun­dingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang tidak membenarkan […]

Masih kurang kesedaran bayar zakat harta di Selangor

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kese­daran tentang kepentingan me­nunaikan kewajipan membayar zakat harta dalam kalangan umat Islam di Selangor didapati masih kurang memuaskan walaupun jumlah ku­tipan zakat me­ningkat setiap tahun. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hussin Mohd. Ali berkata, terdapat banyak faktor yang dikesan menjadi punca mengapa masih ramai umat Islam di Selangor […]

Amerika Syarikat: Wanita Islam dipecat enggan buka tudung

WASHINGTON, Selasa – Seorang wanita Islam di Amerika Syarikat dilaporkan telah dipecat apabila enggan mengikut arahan majikan supaya menanggalkan hijab. Najaf Khan, yang bertugas sebagai pembantu pergigian di klinik Penjagaan Gigi Fair Oaks di Fairfax, Virginia, berkata dia dipecat kerana memakai hijab ke tempat kerja. Pada hari kejadian, dia berkata, pemilik klinik gigi itu, Dr […]

Pendakwah dipenjara dua tahun kerana miliki bahan berkaitan pengganas

KUALA LUMPUR, Selasa – Seorang pendakwah hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan dengan aktiviti kumpulan pengganas, Mac lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan tertuduh, Anwar Ab Rawi dari Kuala Terengganu, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh  tangkap pada 22 Mac […]

Simpanan Syariah KWSP pertama di dunia

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Aspek patuh syariah dalam Skim Simpanan Syariah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan oleh Malaysia adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Malaysia sering menjadi mo­del khususnya negara Islam lain dalam memperkenalkan sistem takaful, instrumen sukuk, sistem kewangan […]

41,583 pencarum mendaftar

Hari pertama pembukaan pendaftaran Skim Syariah KWSP KUALA LUMPUR 9 Ogos – Sebanyak 41,583 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mendaftar dalam Simpanan Syariah pada hari pertama pembukaan pendaftaran skim itu di seluruh negara, semalam. Malah, pada hari kedua pendaftaran memperlihatkan kebanjiran pencarum yang cukup luar biasa berbanding hari pertama berikutan berita mengenai proses […]

Melaka larang main Pokemon Go

MELAKA 9 Ogos – Jawatankuasa Fatwa negeri memutuskan aplikasi permainan Pokemon Go adalah dilarang dan mesti dijauhi umat Islam kerana membawa kepada kemudaratan dan kelalaian. Mufti Melaka, Abdul Halim Tawil berkata, larangan itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa fatwa negeri setelah meneliti dan menyemak kesan penggunaan aplikasi ber­kenaan. Menurutnya, ketetapan itu juga dibuat […]

Kolaborasi YADIM TLDM anjur program dakwah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan berkolaborasi dengan  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menganjurkan dua program berturut-turut iaitu Kembara Dakwah Merentasi Samudera dan Bicara Sakinah yang akan diadakan di Pangkalan TLDM, Lumut pada 18 dan 19 Ogos ini. Dalam program Kembara Dakwah Merentasi Samudera, beberapa sesi ceramah akan diadakan di atas kapal TLDM dan […]