Anggota tentera perlu elak fahaman ekstrem

LUMUT 22 Ogos- Anggota pasukan keselamatan perlu berhati-hati dalam menuntut ilmu agama bagi mengelakkan diri mereka daripada terlibat dalam fahaman esktremisme seperti IS dan Daesh, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad. Beliau berkata, sebagai seorang anggota pasukan keselamatan, mereka sentiasa mempunyai semangat perjuangan yang tinggi tetapi ia perlulah disalurkan dengan […]

120 kilogram emas untuk kelambu Kaabah

MAKKAH, Selasa – Waktu sejurus selepas Subuh setiap 9 Zulhijah merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam, terutama di kota penuh sejarah ini untuk menyaksikan upacara menukar Kiswah atau kelambu Kaabah baharu. Menurut catatan sejarah upacara pemasangan Kiswah telah berlaku sejak sebelum kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lagi. Petugas media Lembaga Tabung Haji (TH) […]

Israel serang Gaza

GAZA 22 Ogos – Israel melancarkan 56 serangan termasuk serangan udara dan serangan meriam ke atas Gaza selepas anggota pergerakan Hamas mengadakan perarakan di bandar Rafah, semalam. Menurut laman web presstv.ir, rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara termasuk 12 serangan meriam di bandar Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia, beberapa jam selepas tiga penduduk Palestin […]

Kayuh basikal dari China menuju Mekah

BEIJING 22 Ogos – Seorang penduduk tempatan sanggup berbasikal hampir empat bulan, bermula dari bandar Xinjiang ke Arab Saudi untuk merealisasikan hasratnya menunaikan haji di tanah suci Mekah. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohammed, memulakan kayuhan dari rumahnya di barat laut China dan menempuh perjalanan sejauh 8,159 kilometer sebelum tiba di bandar Taif di Arab […]

Namewee ditahan di KLIA

PULAU PINANG 21 Ogos – Penya­nyi dan pengarah kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba dari luar negara hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, Namewee ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan […]

Hillary Clinton terima derma jutawan pro-Israel

NEW YORK 21 Ogos – Sekumpulan jutawan pro-Israel menderma sebanyak AS$154 juta (RM616 juta) untuk kempen politik calon daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, satu sumbangan terbesar setakat ini bagi membantu calon itu menang pada pilihan raya Pre­siden Amerika Syarikat (AS) pada November ini. Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Komunikasi bagi Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) Hillary, […]

Bukan Islam tidak perlu takut hukum Syariah

KUALA TERENGGANU 20 Ogos – Masyarakat bukan Islam tidak harus takut sehingga perlu campur tangan dalam usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana ia tidak menyentuh soal mereka. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, beliau sedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak bagi memberikan lebih kefahaman mengenai pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah […]

Mencari formula perpaduan

Dr Ismail Ibrahim Banyak ungkapan dan ibarat yang dikemukakan oleh para peserta Multaqa Perpaduan Ummah (MPU) yang berlangsung di Instutut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 18 Mei 2016, iaitu ketika memberikan definisi dan senario perpecahan Ummah di negara kita pada saat ini sebagai “sebuah kapal yang sedang tenggelam di dasar lautan” atau “sebagai sebuah rumah […]

Abdul Rahman Limbong : Ulama penentang Inggeris

ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID merupakan seorang tokoh agama yang berjuang menentang pihak British di Terengganu. Namanya sering dikaitkan dengan kebangkitan para petani di Hulu Terengganu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Limbong atau Tok Limbong dilahirkan pada tahun 1868. Ibunya berasal dari Johor, manakala bapanya dari Patani, selatan Thailand. Tempat kelahirannya tidak dapat ditentukan […]

Mufti Perak setuju halang pembantu rumah bukan Islam, jaga akidah anak dari terpesong

IPOH, 15 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan langkah kerajaan mengeluarkan arahan menghalang pembantu rumah bukan Islam untuk bekerja di rumah orang Islam. Beliau berkata, langkah itu bertujuan supaya akidah anak-anak majikan terpelihara. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pengambilan pembantu rumah bukan Islam bukanlah suatu kesalahan dari segi hukum agama, namun demikian […]