Polis Scotland lulus tudung kepala pakaian rasmi anggota Muslim
EDINBURGH, 25 Ogos – Polis Scotland mengumumkan pemakaian tudung kepala atau hijab dijadikan sebahagian daripada uniform rasmi dalam usaha menggalakkan lebih ramai wanita Islam menyertai pasukan itu. Sebelum ini, pemakaian tudung kepala perlu mendapat kebenaran, tetapi sekarang ia dijadikan antara pakaian rasmi polis Scotland. Pengumuman itu disambut baik Persatuan Polis Muslim Scotland (SPMA) – pertubuhan […]
Cadangan Greece bina masjid dipercepatkan
ATHENS, 24 Ogos – Cadangan Greece membina sebuah masjid bernilai RM 440 juta yang dibiayai kerajaan berhampiran tengah bandar itu akan dipercepatkan. Cadangan berkenaan dikatakan menjadi khabar gembira buat umat Islam negara itu berikutan hampir 200 tahun lalu Greece menghalang sebarang pembinaan tempat ibadah untuk orang Islam. Baru-baru ini kerajaan Greece memaklumkan rang undang-undang untuk […]
Terokai segmen sosial ekonomi Islam
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Malaysia perlu meneroka potensi segmen sosial di dalam sistem ekonomi Islam dalam memperkasakan umat Islam di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, negara merupakan peneraju kepada segmen komersial ekonomi Islam yang bersifat menjana keuntungan dengan memperkenalkan perkhidmatan Lembaga Tabung Haji, Bank Islam […]
Tok Janggut ulama, pahlawan Melayu penentang British
KUALA LUMPUR, Selasa – Haji Mat Hassan Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut diiktiraf sebagai ulama dan pahlawan Melayu yang sanggup menggadai nyawa menentang British. Pensyarah Kanan Jabatan Kenegaraan dan Peradaban Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hamdan Aziz, berkata Tok Janggut adalah antara penentang British pada awal 1900-an di Kelantan, iaitu ketika berlakunya Perang […]
Isu Ibn Taimiyah timbul kerana tak faham maksud sebenar
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Salah faham yang berlaku dalam fahaman Ibn Taimiyah adalah ketidakmampuan golongan tertentu untuk faham sesuatu perkara. Penceramah bebas, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, semua pihak sepatutnya membaca dan memahami terlebih dahulu fatwa Ibj Taimiyah sebelum mengeluarkan pendapat terhadap isu tersebut. ”Sebelum kritik orang lain, kita kena faham dulu apa yang […]
Kesedaran wakaf dalam kalangan umat Islam masih sederhana
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Keberkesanan wakaf sebagai instrumen memperkasakan ekonomi tidak dapat disangkal selepas berjaya memainkan peranan utama dalam pembentukan tamadun Islam kira-kira 1,400 tahun lalu. Namun, apa yang menyedihkan, kesedaran dalam kalangan umat Islam di negara ini tentang kepentingan berwakaf masih lagi sederhana. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki […]
MDN himpun ilmuwan muda
KUALA LUMPUR 24 Ogos 2016 – Majlis Dakwah Negara (MDN-Yadim) akan mengadakan Multaqa Belia Dan Ilmuwan Muda bertempat di Hotel Bangi- Putrajaya, Bandar Baru Bangi pada 28 Ogos ini dengan membawa tema ‘”Belia Islam…10 Tahun Akan Datang”. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin tokoh belia dan ilmuwan muda dari pelbagai bidang […]
Yadim Kelantan bantu warga miskin
KOTA BHARU 24 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) cawangan Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin Sukarelawan Al-Falah Yadim bertempat di Kampung Haji Walid, Beris, Bachok pada 20 Ogos 2016 lalu. Pengurus Eksekutif Yadim Zon Timur, Mahadi Awang berkata, dalam program itu, Yadim telah menyampaikan sumbangan kepada 12 penduduk kampung berkenaan yang terdiri daripada […]
Yadim Utara anjur Muzakarah NGO Islam
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menganjurkan program Muzakarah NGO Islam yang melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia pada 27 Ogos ini bertempat di TH Hotel, Alor Setar. Pengurus Eksekutif Yadim Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program berkenaan dijangka dihadiri oleh 150 wakil NGO Islam […]
Peranan pendidik dalam pembinaan generasi
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Golongan pendidik adalah kelompok terpenting dalam proses pembentukan generasi muda dalam usaha membentuk sebuah masyarakat contoh seperti yang berlaku pada zaman Salahuddin al-Ayubi, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad. Beliau berkata, pembentukan sebuah generasi muda yang benar-benar mantap merupakan usaha yang sukar dan memakan masa […]