MAIK terima wang ihsan RM20.3 juta

KOTA BHARU 8 Dis. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima peruntukan wang ihsan berjumlah RM20.3 juta daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan. Timbalan Yang Dipertuanya, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi berkata, kelulusan sumbangan berkenaan adalah hasil usaha dari­pada Pemangku Sultan Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga […]

Lebih 4,000 syarikat miliki sijil pengesahan halal sehingga November

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Sebanyak 4,692 syarikat memiliki sijil pengesahan halal Malaysia sehingga November ini, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah itu, hanya 26.4 peratus atau 1,244 syarikat Bumiputera dalam sektor pembuatan memiliki sijil halal berbanding bukan Bumiputera. Asyraf Wajdi berkata, faktor […]

Sekretariat Ummat mahu sami di Malaysia tampil perjelas asas tindakan penindasan Rohingya

KUALA LUMPUR, 7 Dis. – Para sami di Malaysia perlu tampil untuk menjelaskan asas tindakan penindasan ke atas etnik Rohingya yang sedang berlaku di Myanmar. Ini kerana, ia merupakan satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama masing-masing, malah agama Buddha sendiri, kata Pengerusi Sekretariat Ummat, Haji Aminuddin Yahya pada sidang media yang diadakan di Pejabat […]

Polis patahkan 14 cubaan serangan Daesh di Malaysia

AMMAN (Jordan) 6 Dis.- Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan 14 cubaan serangan keganasan oleh kumpulan militan Daesh di Malaysia. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata orang ramai hanya mengetahui serangan militan Daesh adalah di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu, […]

Penggiat perbankan Islam global perlu lebih peka risiko

MANAMA (Bahrain), 6 Dis. – Kalangan penggiat perbankan Islam global Islamik perlu lebih peka atau sensitif terhadap risiko berikutan ketidaktentuan persekitaran ekonomi semasa. Ketika membuat peringatan itu, Gabenor Bank Pusat Bahrain, Rasheed Mohammed Al Maraj juga menggesa mereka memastikan amalan pengurusan risiko perbankan Islam sentiasa dikemaskini, meningkatkan tahap kesedaran yang tinggi serta melaksanakan pengurangan risiko […]

Himpunan untuk Rohingya dapat perhatian OIC

ISKANDAR PUTERI 6 Dis. – Kekuatan suara rakyat Malaysia pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad lepas berjaya menarik tumpuan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata  Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata susulan daripada perhimpunan itu, OIC akan mengadakan mesyuarat peringkat Menteri Luar dalam tempoh terdekat bagi membincangkan […]

Membaca semula karya Hamka

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN “Sekiranya Hamka masih hidup, beliaulah penulis paling kaya di Asia Tenggara.” Begitulah catatan Buku Rekod Malaysia (1997). Apa tidaknya hampir sebahagian besar karyanya telah diulang cetak melebihi sepuluh kali oleh pelbagai penerbit di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Sehingga ke hari ini, karya-karyanya yang berupa novel, buku agama, falsafah masih terus […]

Obama ‘buta’ pasal Myanmar

Tarik balik sekatan kononnya hak asasi catat kemajuan NEW YORK 5 Dis. – Ketika dunia terus mengutuk Myanmar kerana tentera negara itu melakukan pembunuhan kejam ke atas penduduk etnik Rohingya, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama seolah-olah membutakan matanya apabila menarik balik sekatan yang dikenakan sebelum ini atas alasan Myanmar menunjukkan kemajuan besar dalam meningkatkan […]

Raja Salman batal caj visa haji dan umrah, lapor media Arab

BANGI, 5 Dis. – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz, dilaporkan mengeluarkan perintah diraja membatalkan caj visa haji dan umrah yang dikenakan sejak awal Oktober lalu. Anggota Jawatankuasa Tertinggi Haji dan Umrah, Nasir Toruk dipetik Alborsa News sebagai mengesahkan pembatalan caj berkenaan, lapor Middle East Monitor. Langkah itu dibuat selepas Penjaga Dua Masjid Suci […]

Russia, China tolak resolusi gencatan senjata di Aleppo

NEW YORK, 6 Dis. – Russia dan China hari ini menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata tujuh hari di Aleppo, Syria. Russia yang menjadi sekutu rejim Bashar Al-Assad memberi alasan gencatan senjata itu akan memberi peluang kepada pejuang untuk menyusun semula gerakan mereka. Ini adalah kali […]