Payung pintar diguna jemaah haji lengkap teknologi canggih

MAKKAH, 12 Sept. – Sebahagian jemaah haji mula menggunakan payung pintar dalam mengerjakan ibadah berkenaan sebagai kemudahan teknologi di Tanah Suci. Payung idea ciptaan bersama Jurutera Saudi, Kamal Badawi dan wanita Palestin, Manal Dandis dikatakan dapat mengesan jemaah yang sesat dalam kesesakkan orang ramai kerana ia bersambung dengan telefon pintar. Selain itu ia juga mempunyai […]

Kawalan polis diperketatkan susulan ancaman Daesh

GEORGETOWN, 12 Sept.  – Polis mengetatkan kawalan keselamatan di semua tempat awam di Pulau Pinang sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman militan Daesh, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab. Abdul Ghafar berkata, polis telah mengenal pasti beberapa lokasi dan menjalankan pengawasan berterusan di kawasan itu. Polis dalam keadaan siap siaga untuk menggagalkan sebarang […]

KDN haramkan empat buku bercanggah akidah Islam

PUTRAJAYA, 9 Sept.. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan perintah larangan terhadap empat buah buku kerana mengandungi unsur-unsur bercanggah dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar serta fakta tidak benar mengenai institusi keselamatan negara. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, buku terbabit adalah “Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib”, “Malaysia And The […]

Perak lancar kempen solat subuh berjemaah

IPOH 9 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir melancarkan kempen solat subuh berjemaah di masjid-masjid dalam usaha mendidik umat Islam di negeri ini supaya terus istiqamah dalam menunaikan ibadah. Beliau berkata, waktu subuh penuh dengan rahsia besar, malah sejarah umat Islam turut menyaksikan semangat perjuangan kental terbina hasil solat yang turut […]

3,980 remaja hamil anak luar nikah

PUTRAJAYA 9 Sept. – Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah. Menurut statistik ter­sebut, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja ter­tinggi iaitu Sabah de­ngan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes. Ketua […]

Akta 355: NGO Islam beri amaran kepada Tiong Lai

BENTONG, 9 Sept. – Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam daerah Bentong menyatakan sokongan terhadap cadangan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Mei lalu. Serentak itu, seluruh NGO bergabung dibawah Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) mendesak supaya Ahli Parlimen […]

Ahli Parlimen Belanda enggan salam Netanyahu kerana Palestin

AMSTERDAM, 8 Sept. – Ahli Parlimen Belanda, Tunahan Kuzu enggan bersalaman dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sedang melakukan lawatan singkat ke negara itu. Dalam satu video klip, Tunahan Kuzu tidak menyambut tangan yang dihulur Netanyahu dan beliau ketika itu memakai lencana butang bendera Palestin. Mengulas kejadian itu, Tunahan menulis di Facebook dan menyatakan […]

Miliki bendera IS, pelajar dipenjara 2 tahun

KUALA LUMPUR, 8 Sept. – Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang pelajar sebuah institut kemahiran, hari ini selepas dia mengaku bersalah memiliki bendera berkaitan kumpulan militan IS, enam bulan lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan tertuduh, Mohd Zaidi Hashim, 36, menjalani hukuman berkenaan berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada […]

Masyarakat China Muslim senang diterima di Malaysia

GEORGE TOWN, 8 Sept. — Masyarakat Cina muslim dari negara China mudah diterima di Malaysia kerana komuniti itu sudah wujud di negara ini sejak zaman Laksamana Mohd Cheng Ho, kata Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) China Yusuf Liu Baojun. Beliau berkata, masyarakat itu diterima baik di Malaysia dan perkara itu dapat dibuktikan dengan wujudnya […]

Kaji dahulu kesan 
mudarat zika – Mufti

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Pelbagai pihak perlu dirujuk berhubung kesan kemudaratan zika sebelum mengeluarkan sebarang keputusan sehingga dibolehkan wanita hamil menggugurkan kandungannya jika dijangkiti virus itu. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana sebarang pengguguran adalah haram di sisi Islam selain turut menyalahi etika bidang perubatan. “Isu ini perlu mendapat kata sepakat […]