Bersolek hanya untuk suami!

Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang terdahulu.” (al-Ahzab:33). Rasulullah SAW sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita Islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah […]

Anakanda hanyalah seorang manusia!

Oleh ABU IKRAM Apabila pohon-pohon di belakang rumah dibongkah jentolak dahulu, saya antara insan yang setia memerhati kejadian itu sambil berpeluk tubuh. Kelihatanlah akarnya yang berselirat dan daun-daunnya yang berguguran serta dahan-dahan yang patah. Benarlah bahawa menanam, menyiram dan membaja adalah proses yang sukar, berbanding mencabut, mencantas atau merosakkan. Itulah perumpamaan yang perlu menjadi renungan […]

Myanmar berdepan tuduhan jenayah kemanusiaan – PBB

SITTWE, Myanmar 12 Dis – Myanmar dijangka ber­depan tuduhan jenayah kemanusiaan berikutan banyak bukti berupa gambar dan rakaman video dengan imej yang ‘mengganggu’ diterima oleh wakil khas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Yanghee Lee. Menurut Lee, pihaknya kini semakin hampir untuk mengheret Myanmar pertuduhan jenayah itu yang menyaksikan keganasan terhadap etnik […]

Guru IT letak jawatan enggan tanggal burqa, hijab

GUWAHATI, (INDIA), 12 Dis.  – Seorang guru yang mengajar teknologi maklumat (IT) di sebuah sekolah swasta di Mumbai, terpaksa meletak jawatan selepas didiskriminasi selama enam bulan oleh pentadbiran sekolah itu. “Saya cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka mengenai burqa dan hijab, yang menjadi sebahagian daripada kepercayaan Islam serta budaya tradisional keluarga, tetapi gagal. Akhirnya saya […]

Australia larang lelaki Islam amal poligami

SYDNEY 12 Dis. – Kerajaan Australia akan mengambil tindakan keras ke atas orang Islam yang mengamalkan poligami dan menuntut pelbagai manfaat kebajikan untuk isteri kedua atau ketiga mereka. Bercakap kepada radio Sydney, Bendahari Scott Morrison berkata, amalan poligami oleh lelaki dan wanita Islam untuk menuntut pelbagai faedah kebajikan sosial adalah “100 peratus salah.” “Perkara itu […]

Penghulu, penggawa boleh merasai denyut nadi rakyat

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kerajaan memerlukan gambaran sebenar permasalahan rakyat daripada penghulu dan penggawa bagi membantunya menyelesaikan setiap masalah yang diadukan, gesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri meminta mereka menyalurkan maklumat sahih itu kerana semuanya amat penting dalam membantu kerajaan mengolah sesuatu dasar supaya ia benar-benar dapat menyelesaikan setiap permasalahan. […]

Memperkasakan institusi penghulu

KUALA LUMPUR 9 Dis. -Seminar Jati Diri Dan Memperkasa Institusi Penghulu yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) pada 7 dan 8 Disember lalu diharapkan mampu mendedahkan kepada penghulu dan penggawa tentang aspek pengurusan terkini dan isu-isu semasa. Yang Dipertua KPPSM, Ahmad Fuad Z.Abidin berkata, pihak Ahli […]

Seminar Jati Diri Memperkasa Institusi Penghulu

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) telah menganjurkan Seminar Jati Diri Memperkasa Institusi Penghulu yang dihadiri hampir 500 penghulu dan penggawa dari seluruh Semenanjung Malaysia. Program dua hari itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah dirasmikan penutupannya oleh Perdana Menteri, […]

Tiga militan Abu Sayyaf mati ditembak

TAWAU 9 Dis. – Sekurang-kurangnya tiga penjenayah dipercayai militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau yang menyamar sebagai nelayan di perairan negara berhampiran Pulau Gaya malam tadi. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, dipercayai tiga lagi anggota militan berkenaan berjaya ditangkap selepas cuba […]

RM2j elaun khas mualaf

PEKAN 8 Dis. – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memberikan elaun khas sebanyak RM2 juta kepada 15,602 mualaf di seluruh negeri ini. Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, jumlah tersebut merangkumi 13,785 Orang Asli bagi tempoh sepanjang tahun ini. Beliau berkata, elaun khas mua­laf tersebut […]