Gantung sekolah setahun

Alternatif hukuman buang sekolah terhadap pembuli – Mahdzir PADANG TERAP 16 Okt. – Kementerian Pendidikan mempertimbangkan cada­ngan untuk mengenakan tindakan gantung persekolahan selama setahun kepada pembuli yang didapati melakukan kesalahan serius sebagai alternatif hukuman buang sekolah. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelajar yang digantung itu akan dilibatkan dengan kerja-kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat […]

Orang Melayu rugi RM38 bilion, tidak tahu urus hartanah pusaka

KUALA LUMPUR, 16 Okt. – Orang Melayu dianggarkan kerugian kira-kira RM38 bilion aset terdiri daripada hartanah seperti rumah, tanah dan wang daripada pelbagai institusi kewangan. Pakar Perancang Harta Pusaka Islam As Salihin Trustee Berhad, Norisah Ibrahim berkata, ianya akibat sikap kurang kesedaran mengenai pengurusan hartanah pusaka. “Dianggarkan hanya 200 orang Melayu melakukan perancangan wasiat berbeza […]

Kerajaan terus cakna pembangunan Islam

PASIR PUTEH 16 Okt. – Pembangunan Islam di negara ini yang terus diperkasa dari semasa ke semasa menjadi cerminan kerajaan yang tidak pernah lari daripada tanggungjawab, sekali gus menangkis dakwaan ia tidak cakna kepada pembangunan Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata komitmen itu dapat dilihat termasuk melalui […]

Umat Islam Indonesia berhimpun bantah Ahok penghina Al-Quran

JAKARTA, 15 Okt. – Umat Islam Indonesia berhimpun mengadakan bantahan secara aman ke atas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja (Ahok) atas tindakannya menghina Al-Quran. Laporan berita Indonesia melaporkan, bantahan secara aman dengan slogan ‘Tangkap dan Penjarakan Ahok’ itu dilakukan sebelum solat Jumaat semalam, melibatkan sekitar 150,000 orang daripada pelbagai organisasi. Mereka berkumpul di Masjid Istiqlal, Jakarta […]

Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember ini. Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama. Pemilihan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung di Istana […]

Mukalaf yang dituntut memeluk Islam

Mukalaf ialah orang yang baligh lagi berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya. Seseorang lelaki dikira baligh jika berlaku ke atasnya salah satu daripada dua perkara berikut: Keluar mani Cukup umur 15 tahun mengikut bulan Islam Bagi perempuan pula, jika terjadi ke atasnya salah satu daripada tiga perkara berikut: Keluar mani Keluar darah haid Cukup […]

China haramkan aktiviti keagamaan di sekolah wilayah Xinjiang

BEIJING,13 Okt. – China sekali lagi mendiskriminasi penduduk Islam di negaranya apabila mengharamkan semua aktiviti keagamaan di sekolah-sekolah wilayah Xinjiang. Peraturan pendidikan baharu yang dikuatkuasakan pada 1 November ini menyatakan bahawa ibu bapa atau penjaga tidak boleh memaksa kanak-kanak bawah umur daripada menghadiri aktiviti keagamaan. Selain itu, para ibu bapa juga ditegaskan supaya tidak menggalakkan […]

90 tahun tunggu haji

Tempoh giliran meningkat berikutan ramai mendaftar KUALA LUMPUR 13 Okt. – Lembaga Tabung Haji (Ta­bung Haji) memaklumkan tempoh menunggu giliran menunaikan ibadah haji di Malaysia ketika ini adalah selama 90 tahun, meningkat berban­ding 82 tahun yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana ­Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Mac lalu. Pengerusinya, Datuk Seri ­Abdul […]

80% usahawan bukan Bumiputera Perak peroleh sijil halal

IPOH – Sebanyak 80 peratus usahawan bukan Bumiputera di Perak berjaya memperoleh sijil halal yang dikeluarkan sepanjang 2016. Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 746 sijil dikeluarkan meliputi pelbagai sektor termasuk makanan serta perhotelan. “Jumlah tersebut kita perolehi semasa pembentangan dalam Majlis Tindakan Negeri sebelum ini. “Selain itu, rata-rata pemegang […]

UIAM juara Debat Parlimen British Asia

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Pasukan pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan Debat Parlimen British Asia yang berlangsung di Universitas Prasetiya Mulya, Jakarta, Indonesia. UIAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, universiti itu menghantar dua pasukan pendebat untuk menyertai pertandingan itu yang bermula 7 […]