Wang sumbangan harus diurus dengan jujur
KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa penggunaan wang sumbangan orang ramai kepada anak-anak yatim haruslah diuruskan dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab. Menurutnya, saudara-mara hanya sebagai pemegang amanah dan hak pengurusan wang tersebut tertakluk pada keperluan kepada anak yatim itu. “Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau […]
Usaha keluar daripada kemiskinan
Oleh: MOHD. SHAUKI ABDUL MAJID Kita telah pun melewati perayaan permulaan tahun baharu dalam kalendar hijrah, suatu tarikh yang merupakan langkah perubahan besar dalam jiwa setiap orang Islam kerana penghijrahan dari Kota Mekah ke Madinah telah menghasilkan kemenangan besar agama pimpinan Nabi Muhammad SAW. Saat penghijrahan ke Madinah juga telah menjadi asas penentu perkiraan kalendar […]
Sheikh Haji Abdullah Fahim
Sheikh Haji Abdullah Fahim pernah merayu supaya orang Melayu berpegang teguh dengan semangat perpaduan ummah dan bersatu padu dalam satu kesatuan bangsanya. Beliau juga kerap meminta orang Melayu supaya menjauhkan diri daripada golongan yang mengeluarkan hukum-hakam yang tidak selari dengan mazhab Shafie dan terkeluar daripada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau sangat berharap mana-mana puak […]
Talak hanya tiga kali
Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan Firman Allah: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul […]
Remaja didedahkan dengan pengurusan jenazah.
KUALA LUMPUR 19 Okt. – Hukum mengerjakan solat jenazah adalah fardu kifayah iaitu sekiranya telah dikerjakan oleh sebahagian umat Islam telah memadai. Namun, sebagai umat Islam, setiap individu Muslim perlu mempelajari bagaimana mengerjakan solat berkenaan kerana ia merupakan satu ibadah yang memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa sahaja yang melakukannya. Justeru, menyedari hal demikian, Sukarelawan […]
Kunjungan hormat dari Kemboja
KUALA LUMPUR 19 Okt. – Yayasaan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menerima kunjungan hormat dari Sekolah Agama an-Nikmah, Kampung Chenang, Kemboja pada 17 Oktober lepas. Delegasi berkenaan yang disertai oleh dua guru sekolah berkenaan iaitu Ustaz Nasir Yusof dan Ustaz Fauzi Yusof serta diiringi oleh Pengerusi Sukarelawan Al-Falah Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Latif Mohd Yunos, […]
Media asing cetus imej negatif
IPOH 18 Okt. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, media antarabangsa mencetuskan imej negatif dalam laporan mereka setiap hari terhadap remaja Islam sebagai pelaku keganasan, kerana jihad dan pengganas sehingga meningkatkan lagi Islamofobia di seluruh dunia. Titah baginda, malah imej-imej orang Islam yang menjadi mangsa dengan melarikan diri apabila kediaman mereka dibom dan […]
Myanmar wajar diheret ke ICC
PUTRAJAYA 18 Okt. – Pihak berkepentingan antarabangsa didesak menyiasat Kerajaan Myanmar dan seterusnya mengheret mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap kekejaman yang dilakukan kepada komuniti Islam Rohingya. Gesaan itu ditujukan oleh Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) susulan berita pembunuhan […]
Kritikan buka mata dunia terhadap Islam
IPOH 18 Okt. – Kritikan dan kecaman terhadap Islam oleh Barat mampu menjadi penyebab kepada masyarakat dunia untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat. Canselor Online Islamic University, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips berkata, walaupun pelbagai cara digunakan untuk melemahkan Islam, tindakan itu bukan sahaja tidak berjaya malah mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara Islam. Malah […]
Perbaiki undang-undang halang fahaman liberal disebar menerusi alam siber
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 18 Okt. – Undang-undang mesti diperbaiki dari semasa ke semasa bagi menghalang fahaman liberal, seperti aliran Sisters in Islam (SIS), daripada terus menyebar idea-idea mereka menggunakan alam siber. Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata, kelompok liberal dalam […]