Lepai mahu pendidikan agama Islam dijenamakan semula

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Pendidikan Agama Islam (Lepai) menyarankan kerajaan negeri membuat penjenamaan semula terhadap Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam menjadikannya sebagai pusat pendidikan agama islam yang terbaik. Pengerusinya, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, penjenamaan itu perlu dilakukan bagi menepis persepsi negatif […]

Enam ditemukan maut dalam kebakaran di ICU HSA

JOHOR BAHRU 25 Okt. – Polis mengesahkan seorang lagi pesakit maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kepada enam orang. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kesemua enam mangsa terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki. Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan […]

RUU 355: Sekretariat Ummat anjur Munajat Perdana

KUALA LUMPUR, 25 Okt. – Sebagai tanda sokongan kepada usul Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, Sekretariat Ummat akan mengadakan Munajat Perdana pada 12 November ini. Program itu akan diadakan di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Semarak, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang hingga 10 malam. Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya […]

Hudud: Kelantan peruntuk RM1j bangun prasarana material

KOTA BHARU 25 Okt. – Ketika mana bacaan kedua pindaan Akta 355 di Parlimen menarik perhatian masyarakat, Kerajaan Kelantan membuat langkah susulan bagi merealisasikan Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di negeri ini. Dalam pembentangan Bajet 2017 yang bertemakan ‘Kelantan Sejahtera untuk Islam’, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi membangunkan prasana material perlaksanan kanun itu. […]

PEMBELA buat laporan polis ke atas Paderi Paul hina Islam

KUALA LUMPUR, 25 Okt. – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini membuat laporan polis ke atas Paderi Katolik Emeritus Dr Paul Tan Chee Ing kerana mengeluarkan kenyataan menghasut yang menghina Islam dan mempertikai undang-undang Syariah. Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Daerah Dang Wangi, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pengerusi PEMBELA, Haji […]

Iraq lulus undang-undang haramkan arak

BAGHDAD, 23 Okt. – Parlimen Iraq hari ini meluluskan undang-undang mengharamkan penjualan, import dan penghasilan alkohol yang disifatkan sebagai bercanggah dengan Islam. Undang-undang itu diluluskan Ahli Parlimen di Baghdad dengan memaklumkan bahawa ia berita gembira buat umat Islam negara itu. Salah seorang Ahli Parlimen yang mengundi untuk menyokong pengharaman itu, Ammar Toma berhujah, Perlembagaan sebenarnya […]

Program tahfiz KPM diperakui KDN

SEREMBAN, 23 Okt. – Al-Quran digunakan dalam program tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diperakukan dan disahkan bahagian penapisan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengarah Bahagian Pendidikan Agama KPM, Wan Ramdzan Wan Mamat berkata, perakuan itu diperoleh selepas kandungan al-Quran disahkan tiada kesilapan. Setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan mengenai […]

Janet Jackson tampil bertudung

LONDON 23 Okt. – Penyanyi ter­kenal, Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya hasil perkahwinan dengan bilionair Qatar, Wissam Al Manna buat pertama kali muncul di tempat awam di London dengan imej bertudung. Janet yang kelihatan ceria dilihat bersiar-siar sambil memegang tangan Wissam dengan pakaian serba hitam. Tiada lagi pakaian menjolok mata sebaliknya Janet kelihatan […]

Jakim tidak berhasrat untuk mengharamkan penggunaan ‘hot dog’

KUALA LUMPUR, 20 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berhasrat untuk mengisytiharkan mana-mana makanan yang berasaskan perkataan “dog” sebagai haram. Katanya, Jakim lebih mementingkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk, sebelum sijil halal boleh dikeluarkan. Mengulas mengenai satu “posting” di Facebook mengenai […]

Terengganu kaji sedia laluan khas untuk wanita di jabatan kerajaan

KUALA TERENGGANU, 21 Okt. – Kerajaan Terengganu akan mengkaji menyediakan laluan berasingan bagi lelaki dan wanita di jabatan kerajaan di negeri itu untuk memudahkan wanita berurusan. Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata langkah itu adalah satu daripada pembaharuan kerajaan negeri dalam usaha merealisasikan agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB). “Ini (laluan berasingan) sangat bagus untuk […]