Jemaah haji Malaysia masih beruntung

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Keupayaan kerajaan memberi subsidi haji hampir 50 peratus menjadikan Malaysia sebagai antara negara termurah mengenakan caj terhadap jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji. Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kesudian kerajaan menampung caj sebanyak RM8,910 dari jumlah keseluruhan RM18,890 merupakan keprihatinan membantu jemaah […]

Biro Dakwah Isma ziarah Yang Dipertua Yadim

KUALA LUMPUR,26 Okt. – Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)  telah membuat kunjungan rasmi ke pejabat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad, hari ini. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta saling berbincang dan bertukar pandangan dalam isu gerak kerja dakwah dengan cabaran masa kini. Antara yang dibincangkan juga adalah ruang-ruang […]

Burger daging babi: KPDNKK akan ambil tindakan‎

PUTRAJAYA 27 Okt. – Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan ke atas pengusaha restoran yang bertanggungjawab mengeluarkan burger daging babi menggunakan nama P Ramly. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KPDNKK mempunyai akta boleh diambil tindakan ke atas mana-mana pengusaha yang mengelirukan pengguna. Beliau berkata, pihaknya telah menyiasat pengusaha jualan burger […]

Tolak tawaran jutaan ringgit ampun putera raja bunuh anaknya

RIYADH, 27 Okt. – Jutaan ringgit ditolak, sebaliknya seorang bapa mahu hukum Allah ditegakkan ke atas seorang putera diraja Arab Saudi yang didapati bersalah membunuh anaknya. Mahkamah Persekutuan Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas Putera Turki Bin Saud Bin Turki Bin Saud Al Kabeer, tiga tahun lalu. Keputusan itu disokong oleh Mahkamah Agung, sebelum […]

Melaka nafi beku pinjaman Tapem di Mesir

MELAKA, 26 Okt. – Kerajaan negeri menafikan pembekuan atau penamatan sepenuhnya pinjaman di bawah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) bagi pelajar dalam bidang Pengajian Islam di Mesir, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin berkata, penamatan […]

Usul tidak ada kaitan dengan bukan Islam’

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal apabila Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dihentam dan dikritik pelbagai pihak terutama bukan Islam. Menurut Abdul Hadi ketika menyampaikan ucap bahas mengenai RUU tersebut di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, semua pihak sepatutnya menerima perkara termaktub dalam […]

Pendusta agama

Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli […]

Seminar Pembangunan Islam di Malaysia

KOTA BHARU 26 Okt.  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Cawangan Kelantan telah menganjurkan dua siri program Seminar Pembangunan Islam Di Malaysia sepanjang Oktober lepas di Kuala Krai dan Pasir Puteh. Pengurus Eksekutif Yadim Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu melibatkan lebih 600 peserta yang terdiri daripada anggota masyarakat dari pelbagai peringkat termasuk pimpinan […]

Zon Sarawak anjur program bantuan perubatan

KUCHING 26 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sarawak telah menganjurkan program bantuan perubatan di pedalaman bertempat di Kampung Guyau, Sri Aman pada 22 dan 23 Oktober lalu, sebagai salah satu aktiviti dakwah melibatkan masyarakat di kawasan berkenaan. Pengurus Eksekutif Yadim Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, program itu mendapat kerjasama daripada […]

Jelajah Wacana Ilmiah `Jom Hijrah’

KOTA BHARU 26 Okt. _ Bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan Muharam 1438H, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) cawangan Kelantan telah menganjurkan Jelajah Wacana Ilmiah “Jom Hijrah” sebanyak tiga siri di tiga lokasi sepanjang Oktober ini. Program pertama telah berlangsung di Masjid Bukit Abal, Pasir Puteh yang melibatkan180 orang, diikuti dengan program di  Masjid Al-Taqwa, Cherang […]