FMD anjur Ekspolarasi Mahabbah Kelantan

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Felo Muda Dakwah (FMD) Siri 2/ 2016, Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim) telah menganjur program Ekspolarasi Mahabbah Kelantan pada 23-26 Oktober 2016 di Jeli, Kelantan sebagai sebahagian daripada latihan mendedahkan mereka kepada program-program dakwah. Sepanjang di Jeli mereka telah mengadakan beberapa program melibatkan penduduk setempat seperti ziarah mahabah, gotong-royong perdana,  Gegar […]

MAIWP menang dua tahun berturut-turut

PUTRAJAYA 1 Nov. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dinobatkan sebagai Jabatan Paling Inovatif untuk tahun kedua berturut-turut sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Jaffar ber­kata, kejayaan kali ini merupakan hasil daripada komitmen MAIWP dalam mengatasi masalah kemiskinan bandar di Kuala Lumpur. “Program ini merupakan […]

Zionis musnah kubur bersejarah umat Islam berusia 1,400 tahun

JERUSALEM, 2 Nov. – Rejim Zionis memusnahkan beberapa kubur di tanah perkuburan bersejarah di Bab Al-Rahmeh di timur Masjidil Aqsa, semalam, kata pegawai Palestin. Israel sebelum ini merampas sebahagian daripada tanah perkuburan yang terletak di Jerusalem Timur itu pada September tahun lalu, untuk dijadikan taman negara Yahudi. “Kakitangan daripada pihak berkuasa alam sekitar Israel disokong […]

Setiausaha Agung OIC letak jawatan

JEDDAH 1 Nov. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengesahkan bahawa Setiausaha Agung, Iyad Ameen Madani meletak jawatan berkuat kuasa hari ini. Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas Iyad didakwa me­nimbulkan kemarahan Mesir apabila mencampuradukkan nama Pesiden negara itu, Abdel Fattah al-Sisi dengan nama Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi. Bagaimanapun, OIC dalam kenyataannya memberitahu, bekas menteri […]

Azan masjid tarik 
satu keluarga peluk Islam

LUMUT 1 Nov. – Tertarik setiap kali mendengar seruan azan dan penerangan tentang Islam menyebabkan tiga beranak di sini mengambil keputusan memeluk agama itu bersama-sama. Ling Zhong Yuan atau Muhamad Hafizal Muha­mad Ali, 11, serta ibu bapanya akan mendengar dengan tekun azan yang berkumandang dari surau berhampiran rumah mereka walaupun tidak memahami maksud kalimah yang […]

Kurma- Makanan sunnah

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit. Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser […]

6,000 hadir program Santai Ilmu

KOTA KINABALU 1 Nov. – Lebih 6,000 orang hadir dalam program Santai Ilmu bersama penceramah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias di dua lokasi iaitu di Putatan dan Tambunan pada 29 dan 30 November lalu. Pengarah Yadim Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program ini dijalankan secara kerjasama dengan pelbagai pihak dengan Yadim bertindak sebagai penyelaras dalam […]

Henti penyebaran hadis palsu

PUTRAJAYA 31 Okt. – Penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis atau Lajnah Tahqiq Hadis bertujuan menyediakan pandu arah bagi mengekang penyebaran hadis-hadis palsu dalam masyarakat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyebaran tersebut khususnya dalam penerbitan boleh membawa kepada penyelewe­ngan akidah, menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta perpaduan negara. Katanya, melalui […]

Jangkaan hayat penduduk Malaysia meningkat

PUTRAJAYA31 Okt.  – Jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia terus meningkat berbanding sedekad lalu iaitu mencecah 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 tahun pada 2000. Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya hari ini berkata pada 2016, seorang bayi lelaki yang baru lahir dijangka boleh hidup selama 72.6 tahun, meningkat 0.7 tahun berbanding 71.9 tahun pada 2010. […]

Arab Saudi tahan 14 anggota Daesh

Sembilan masih diburu, cubaan lakukan serangan RIYADH 31 Okt. – Pihak berkuasa Arab Saudi menggempur dua sarang pengganas serta menahan 14 individu termasuk empat rakyat asing yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dalam serbuan di beberapa buah wilayah di negara ini. Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, kesemua suspek ditahan kerana […]