Penghulu, penggawa boleh merasai denyut nadi rakyat

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kerajaan memerlukan gambaran sebenar permasalahan rakyat daripada penghulu dan penggawa bagi membantunya menyelesaikan setiap masalah yang diadukan, gesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri meminta mereka menyalurkan maklumat sahih itu kerana semuanya amat penting dalam membantu kerajaan mengolah sesuatu dasar supaya ia benar-benar dapat menyelesaikan setiap permasalahan. […]

Memperkasakan institusi penghulu

KUALA LUMPUR 9 Dis. -Seminar Jati Diri Dan Memperkasa Institusi Penghulu yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) pada 7 dan 8 Disember lalu diharapkan mampu mendedahkan kepada penghulu dan penggawa tentang aspek pengurusan terkini dan isu-isu semasa. Yang Dipertua KPPSM, Ahmad Fuad Z.Abidin berkata, pihak Ahli […]

Seminar Jati Diri Memperkasa Institusi Penghulu

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) telah menganjurkan Seminar Jati Diri Memperkasa Institusi Penghulu yang dihadiri hampir 500 penghulu dan penggawa dari seluruh Semenanjung Malaysia. Program dua hari itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah dirasmikan penutupannya oleh Perdana Menteri, […]

Tiga militan Abu Sayyaf mati ditembak

TAWAU 9 Dis. – Sekurang-kurangnya tiga penjenayah dipercayai militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau yang menyamar sebagai nelayan di perairan negara berhampiran Pulau Gaya malam tadi. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, dipercayai tiga lagi anggota militan berkenaan berjaya ditangkap selepas cuba […]

RM2j elaun khas mualaf

PEKAN 8 Dis. – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memberikan elaun khas sebanyak RM2 juta kepada 15,602 mualaf di seluruh negeri ini. Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, jumlah tersebut merangkumi 13,785 Orang Asli bagi tempoh sepanjang tahun ini. Beliau berkata, elaun khas mua­laf tersebut […]

MAIK terima wang ihsan RM20.3 juta

KOTA BHARU 8 Dis. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima peruntukan wang ihsan berjumlah RM20.3 juta daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan. Timbalan Yang Dipertuanya, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi berkata, kelulusan sumbangan berkenaan adalah hasil usaha dari­pada Pemangku Sultan Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga […]

Lebih 4,000 syarikat miliki sijil pengesahan halal sehingga November

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Sebanyak 4,692 syarikat memiliki sijil pengesahan halal Malaysia sehingga November ini, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah itu, hanya 26.4 peratus atau 1,244 syarikat Bumiputera dalam sektor pembuatan memiliki sijil halal berbanding bukan Bumiputera. Asyraf Wajdi berkata, faktor […]

Sekretariat Ummat mahu sami di Malaysia tampil perjelas asas tindakan penindasan Rohingya

KUALA LUMPUR, 7 Dis. – Para sami di Malaysia perlu tampil untuk menjelaskan asas tindakan penindasan ke atas etnik Rohingya yang sedang berlaku di Myanmar. Ini kerana, ia merupakan satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama masing-masing, malah agama Buddha sendiri, kata Pengerusi Sekretariat Ummat, Haji Aminuddin Yahya pada sidang media yang diadakan di Pejabat […]