10,000 berhimpun sokong Rohingya

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Lebih 10,000 orang dijangka hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya anjuran perlbagai pihak termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara. Program berkenaan dijadualkan berlangsung pada 4 Disember ini bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bertujuan menunjukkan rasa prihatin rakyat Malaysia terhadap nasib […]

1,000 pemimpin muda berhimpun pada KKSY16

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Seramai 1,000 pimpinan Sahabat YADIM dari seluruh negara akan berkumpul pada Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2016 (KKSY16) yang bakal berlangsung pada 3 Disember ini bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda, Zamani Karulani berkata, program berkenaan yang bertemakan `Memartabat Sahsiah Insan, Membentuk Generasi Berwawasan’ bakal […]

YADIM Sarawak kunjungi ABIM

KUCHING 1 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak pada 23 November lalu, sebagai rangka untuk mengeratkan silaturahim dan melihat bidang-bidang kerjasama di antara dua pihak. Delegasi YADIM Zon Sarawak diketuai oleh Pengurus Eksekutif, Awang Dulhadi Awang Mat dan mereka telah […]

Seminar Pembangunan Islam di Malaysia

KOTA BHARU 1 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program Seminar Pembangunan Islam Di Malaysia pada 13 November lalu bertempat di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas, Kelantan. Program yang dihadiri oleh 500 peserta itu telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menter,  Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B). […]

PBB dakwa lebih 10,000 pelarian Rohingya berada di Bangladesh

DHAKA 30 Nov. – Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk Rohingya dilaporkan telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran kekejaman tentera Myanmar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jurucakap PBB bagi pelarian atau UNHCR, Vivian Tan berkata, situasi berubah dengan cepat dan jumlah sebenar pelarian Rohingya itu mungkin lebih tinggi ketika ini. Walaupun kerajaan Bangladesh dikatakan mula mengetatkan kawalan pintu […]

Turki kutuk Israel haramkan azan guna pembesar suara

ISTANBUL, 30 Nov.  – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, mengutuk Rang Undang-Undang Israel yang mengharamkan penggunaan pembesar suara bagi melaungkan seruan azan. Berucap pada sidang antara Parlimen semalam, Yildrim berkata, tindakan itu menyakitkan hati umat Islam serta menghalang kebebasan beragama. Difahamkan, Rang Undang-Undang berkenaan terpakai kepada semua agama di seluruh Israel bagaimanapun, ramai bimbang ia […]

Satu pihak sahaja perlu untuk tukar agama: Mahkamah diberitahu

PUTRAJAYA, 30 Nov.  – Hanya kebenaran ibu atau bapa diperlukan untuk menukar agama seorang anak bawah umur kepada agama Islam, demikian Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini. Peguam Kanan Persekutuan, Dr Arik Sanusi Yeop Johari berhujah bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan membenarkan agama seseorang di bawah umur 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa atau […]