Penjara dua tahun kalau tak solat Jumaat di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 24 Nov. – Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi. Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini. Pindaan Seksyen […]

Jangan campuri urusan agama Islam

Peringatan Abdul Hadi kepada wakil-wakil bukan Islam KUALA LUMPUR 24 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan tegas kepada wakil-wakil rakyat bukan Islam supaya jangan mencampuri urusan agama Islam yang jelas tiada kaitan dengan mereka. Abdul Hadi yang merujuk kes Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’, menzahirkan kekecewaan beliau apabila […]

Cadangan pindaan Akta 164 zalim kepada orang yang memeluk Islam

BANGI, 24 Nov. – Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Firdaus Zailani menyifatkan cadangan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) sebagai satu kezaliman daripada pihak kerajaan. Ini kerana, katanya, jumhur ulama silam termasuk Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas bahawa anak akan mengikut agama […]

Harussani gesa jangan berlembut lagi

IPOH 24 Nov. – Negara Islam termasuk Malaysia tidak perlu berlembut lagi dengan mana-mana negara yang melakukan penindasan dan kezaliman terhadap masyarakat Islam. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pendirian negara-negara Islam berhubung penindasan itu perlu dilakukan secara terang-terangan dan bukan sekadar ugutan atau cadangan semata. “Mereka juga lakukan kezaliman dan pembunuhan secara terang-terangan, […]

Penduduk Islam AS bimbang dipantau kerajaan

WASHINGTON 24 Nov. – Penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS) mengakui merasa bimbang menjadi sasaran kamera pengawasan minggu ini selepas menerima panggilan tinjauan pendapat automatik untuk mengesahkan identiti mereka. Namun tinjauan pendapat menerusi panggilan telefon yang meminta mereka menekan satu jika beragama Islam atau dua jika tidak itu sebenarnya dibuat oleh pertubuhan bukan berasaskan keuntungan […]