Tamak, rasuah dan anak yatim
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD LEBIH 1,400 tahun lalu Nabi Muhammad SAW telah memberikan satu peringatan tentang satu fitnah yang bakal menimpa umat baginda. Ternyata apa yang amat dikhuatiri oleh Rasulullah itu benar-benar berlaku hari ini. Fitnah yang dimaksudkan oleh baginda adalah berkaitan ujian kemewahan harta. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat fitnah (kesesatan dan […]
Lebih 300 ilmuan berhimpun 19 November ini
PASIR PUTEH 27 Okt. – Lebih 300 ilmuan dan profesional Islam dari seluruh negara akan berhimpuan dalam satu majlis bagi mencari formula ke arah penyatuan ummah dan pembangunan negeri Kelantan, anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN). Setiausaha MDN Kelantan, Dr Mustafa Ahmad berkata pertemuan itu akan diadakan di sebuah resort di Tok Bali pada 19 November […]
AS anggarkan lebih 900 anggota kumpulan militan terbunuh
ARBIL, Iraq 28 Okt. – Amerika Syarikat (AS) menganggarkan, lebih 900 anggota kumpulan militan Daesh terbunuh minggu ini dalam operasi ketenteraan besar-besaran untuk menawan semula bandar Mosul, kubu terakhir militan Daesh di Iraq yang dikuasai kumpulan itu dua tahun lalu. Operasi bermula 17 Oktober itu diketuai kira-kira 30,000 tentera Iraq yang dibantu pejuang Kurdis dan […]
Dr Bala Chandran kecam penentang RUU355
SETIU, 28 Okt. – Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Dr Bala Chandran Gopal Krishnan mengecam tindakan sesetengah orang bukan Islam yang menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah, sedangkan ianya khusus untuk orang Islam sahaja. Namun, katanya, penentangan orang bukan Islam terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 itu kerana terikut-ikut dengan segelintir orang […]
UNESCO lulus resolusi baru Jerusalem
JERUSALEM, 27 Okt. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifiknya(UNESCO), semalam, membuat keputusan menafikan kaitan Jerusalem dengan agama Yahudi dan penganutnya yang telah lalu. UNESCO meluluskan usul yang menyokong hak rakyat Palestin bagi perkarangan Masjid al-Aqsa dan menyelar tindakan provokasi Israel ke atas tapak suci itu. Bagaimanapun, pertubuhan dunia itu bersetuju […]
Rasuah: Sikap ‘kubur masing-masing’ rugikan negara
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Sikap enggan menegur kesalahan orang lain kerana menganggap ‘kubur masing-masing’, merugikan negara terutama berkaitan integriti dan rasuah, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (Integriti) Dr Anis Yusal Yusoff. Beliau berkata, banyak isu berkaitan integriti diperkatakan masyarakat sekarang tetapi kurang diterjemah ke dalam bentuk kesedaran dan tindakan. Dasar melindungi pemberi maklumat sudah […]
Jemaah haji Malaysia masih beruntung
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Keupayaan kerajaan memberi subsidi haji hampir 50 peratus menjadikan Malaysia sebagai antara negara termurah mengenakan caj terhadap jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji. Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kesudian kerajaan menampung caj sebanyak RM8,910 dari jumlah keseluruhan RM18,890 merupakan keprihatinan membantu jemaah […]