Sesi perundingan UPR Malaysia
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) telah mengadakan sesi perundingan gabungan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) bagi proses semakan berkala sejagat (universal periodic review) (UPR) Malaysia pada 18 Ogos lepas bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Sesi perundingan itu diadakan di bawah program Kluster Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia MAIM dan […]
Logo Kristian: Arab Saudi arah bendera British pada lencana sekolah ditutup
RIYADH, 25 Ogos – Polis Arab Saudi mengarahkan sebuah kedai menjual uniform sekolah antarabangsa di sini – Marks & Spencers (M&S) – menutup lencana yang menunjukkan bendera British kerana mengandungi lambang Kristian. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang warga British yang menjadi ekspatriat di Arab Saudi kepada media selepas memasuki kedai M&S di pusat beli-belah al-Hayat […]
Polis Scotland lulus tudung kepala pakaian rasmi anggota Muslim
EDINBURGH, 25 Ogos – Polis Scotland mengumumkan pemakaian tudung kepala atau hijab dijadikan sebahagian daripada uniform rasmi dalam usaha menggalakkan lebih ramai wanita Islam menyertai pasukan itu. Sebelum ini, pemakaian tudung kepala perlu mendapat kebenaran, tetapi sekarang ia dijadikan antara pakaian rasmi polis Scotland. Pengumuman itu disambut baik Persatuan Polis Muslim Scotland (SPMA) – pertubuhan […]
Cadangan Greece bina masjid dipercepatkan
ATHENS, 24 Ogos – Cadangan Greece membina sebuah masjid bernilai RM 440 juta yang dibiayai kerajaan berhampiran tengah bandar itu akan dipercepatkan. Cadangan berkenaan dikatakan menjadi khabar gembira buat umat Islam negara itu berikutan hampir 200 tahun lalu Greece menghalang sebarang pembinaan tempat ibadah untuk orang Islam. Baru-baru ini kerajaan Greece memaklumkan rang undang-undang untuk […]
Terokai segmen sosial ekonomi Islam
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Malaysia perlu meneroka potensi segmen sosial di dalam sistem ekonomi Islam dalam memperkasakan umat Islam di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, negara merupakan peneraju kepada segmen komersial ekonomi Islam yang bersifat menjana keuntungan dengan memperkenalkan perkhidmatan Lembaga Tabung Haji, Bank Islam […]