Yadim Utara anjur Muzakarah NGO Islam

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menganjurkan program Muzakarah NGO Islam yang melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia pada 27 Ogos ini bertempat di TH Hotel, Alor Setar. Pengurus Eksekutif Yadim Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program berkenaan dijangka dihadiri oleh 150 wakil NGO Islam […]

Peranan pendidik dalam pembinaan generasi

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Golongan pendidik adalah kelompok terpenting dalam proses pembentukan generasi muda dalam usaha membentuk sebuah masyarakat contoh seperti yang berlaku pada zaman Salahuddin al-Ayubi, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad. Beliau berkata, pembentukan sebuah generasi muda yang benar-benar mantap merupakan usaha yang sukar dan memakan masa […]

Anggota tentera perlu elak fahaman ekstrem

LUMUT 22 Ogos- Anggota pasukan keselamatan perlu berhati-hati dalam menuntut ilmu agama bagi mengelakkan diri mereka daripada terlibat dalam fahaman esktremisme seperti IS dan Daesh, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad. Beliau berkata, sebagai seorang anggota pasukan keselamatan, mereka sentiasa mempunyai semangat perjuangan yang tinggi tetapi ia perlulah disalurkan dengan […]

120 kilogram emas untuk kelambu Kaabah

MAKKAH, Selasa – Waktu sejurus selepas Subuh setiap 9 Zulhijah merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam, terutama di kota penuh sejarah ini untuk menyaksikan upacara menukar Kiswah atau kelambu Kaabah baharu. Menurut catatan sejarah upacara pemasangan Kiswah telah berlaku sejak sebelum kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lagi. Petugas media Lembaga Tabung Haji (TH) […]

Israel serang Gaza

GAZA 22 Ogos – Israel melancarkan 56 serangan termasuk serangan udara dan serangan meriam ke atas Gaza selepas anggota pergerakan Hamas mengadakan perarakan di bandar Rafah, semalam. Menurut laman web presstv.ir, rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara termasuk 12 serangan meriam di bandar Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia, beberapa jam selepas tiga penduduk Palestin […]

Kayuh basikal dari China menuju Mekah

BEIJING 22 Ogos – Seorang penduduk tempatan sanggup berbasikal hampir empat bulan, bermula dari bandar Xinjiang ke Arab Saudi untuk merealisasikan hasratnya menunaikan haji di tanah suci Mekah. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohammed, memulakan kayuhan dari rumahnya di barat laut China dan menempuh perjalanan sejauh 8,159 kilometer sebelum tiba di bandar Taif di Arab […]