MDN Anjur Perhimpunan Agamawan Kebangsaan
KUALA LUMPUR 14 Julai – Majlis Dakwah Negara (MDN-YADIM) akan menganjurkan Perhimpunan Agamawan Kebangsaan pada 20 Julai ini sebagai usaha menghimpunkan golongan berkenaan dan memacu peranan mereka untuk memupuk perpaduan ummah di negara ini. Program sehari yang bertemakan `Agamawan Pemangkin Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara’ itu bakal berlangsung di Hotel Bangi, Bandar Baru Bangi, dengan […]
Rakyat Malaysia terpilih antara 30 penulis khat terbaik dunia
Di saat rakyat Malaysia bersiap sedia menyambut Aidilfitri, seorang insan bernama Abdul Baki Abu Bakar berjuang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Beliau telah terpilih dalam senarai 30 penulis khat terbaik dari seluruh dunia untuk menyalin semula mushaf Al Quran edisi khas kerajaan UAE. Setiap juzu Al Quran dibahagikan terlebih dahulu kepada setiap penulis 2 […]
Sebar bahan IS: PDRM pantau akhbar dalam talian berbahasa Melayu
BAGAN DATOH 12 Julai – Individu yang memiliki dan menyebar bahan-bahan dakyah kumpulan militan Negara Islam (IS) daripada akhbar dalam talian berbahasa Melayu akan didakwa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Penerbitan Kementerian Dalam Negeri akan terus memantau akhbar berita dalam talian itu. […]
KDN siasat majalah hina Islam
KUALA LUMPUR 12 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan tindakan tegas terhadap penerbit dan pengedar sebuah majalah berbahasa Inggeris jika didapati menyalahi undang-undang dengan memaparkan fakta yang salah mengenai Islam. Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pada masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci sama ada majalah terbabit mempunyai lesen yang sah […]
Dunia tangisi pemergian ‘malaikat rahmat Pakistan’ Abdul Sattar Edhi
PENGASAS badan kebajikan terbesar di Pakistan, Edhi Foundation, Abdul Sattar Edhi meninggal dunia pada Jumaat di Karachi, lapor Agensi. Berusia 88 tahun, Abdul Sattar meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang yang berlarutan sejak tahun 2013. Selepas ibunya meninggal dunia diserang angin ahmar ketika Abdul Sattar berusia 19 tahun, dia mula mengabdikan hidupnya membantu golongan miskin […]