MAIWP nafi kutip zakat RM2.2 bilion pada 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook bahawa kutipan zakatnya bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion. MAIWP, dalam satu kenyataan di sini, menjelaskan jumlah itu adalah yang berjaya dikutip oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) sejak ditubuhkan pada 1991 sehingga 2013. “Jumlah itu adalah jumlah yang telah berjaya […]
Rakyat Indonesia perlu tunggu 37 tahun untuk tunai Haji
JAKARTA – Kira-kira 3.2 juta rakyat Indonesia terpaksa menunggu giliran selama 37 tahun untuk menunaikan Haji berikutan permintaan tinggi daripada rakyat di negara itu. Pengerusi Persatuan Islam Indonesia bagi Haji dan Umrah, Joko Osmoro berkata, Indonesia adalah negara Islam terbesar dengan 220 juta penduduk Islam. Maka katanya, negara itu berdepan dengan permintaan yang tinggi daripada […]
Jangan ekstrem
CYBERJAYA 22 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam agar tidak bersifat ekstremis dan taksub terhadap agama sehingga menolak kemajuan dan tidak mengikut lunas Islam sebenar. Baginda bertitah, semangat jihad yang ada pada setiap umat Islam perlu dimanfaatkan dan disalurkan ke tempat yang betul, bukannya dengan melibatkan diri dalam aktiviti keganasan […]