MULTAQA PERPADUAN UMMAH LULUS RESOLUSI TANGANI PERPECAHAN

BANGI – Multaqa Perpaduan Ummah anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN)-YADIM yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 22 Mei 2016 lalu telah meluluskan resolusi yang menfokuskan kepada usaha-usaha menyelesaikan masalah perpecahan umat Islam di negara ini dengan melibatkan pelbagai pihak.