Teruskan kolaborasi dengan agensi lain

KUALA LUMPUR, 9 September – Perhimpunan bulanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bagi bulan September merupakan perhimpunan terakhir YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Yang Dipertua Yadim. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Yadim pada 5 Jun 2013. Kini, beliau merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 28 Ogos lalu. Dalam ucapan […]

Israel bina pagar halang pelarian Syria masuk

TEL AVIV, Isnin – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan pembinaan pagar di sepanjang sempadan Israel dengan Jordan sebagai usaha menghalang kemasukan pelarian Syria ke negara berkenaan. Netanyahu berkata, bahawa beliau tidak akan membenarkan Israel ‘ditenggelami dengan pendatang haram dan aktivis pengganas’. “Israel tidak ambil peduli dengan tragedi pelarian Syria dan Afrika… tetapi Israel adalah […]

Berbeza pendapat tetapi kekalkan perpaduan

Mengenai penghargaan atas perbezaan pendapat, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Perbezaan pendapat (di kalangan) umatku adalah rahmat.” (Hadis riwayat al-Baihaqi). Justeru, tidak hairan dalam Islam ada beberapa mazhab dan aliran. Dalam fiqh ada beberapa mazhab yang tersohor iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Selain itu ada juga mazhab fiqh yang lain, meskipun tidak sebesar […]

MPWIM bantu bayi Nurul Amerina

KAJANG, 6 September – Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menunjukkan keprihatinan dengan mengunjungi bayi Nurul Amerina, dua bulan yang kini dirawat di Wad NICU, Hospital Kajang. Amerina yang menghidap sakit jantung berlubang merupakan bayi kepada saudara baru iaitu Mohd Tony Moey. Nurul Amerina juga disahkan menghidap sindrom down […]

Sekat pengaruh ekstremis melalui pendidikan wasatiyyah

Pengendali sekolah agama dan pondok mengakui sistem pendidikan berasaskan wasatiyyah menjadi kunci menyekat pengaruh kegiatan ekstremis dan militan Negara Islam (IS). Selain itu, dana yang disumbang oleh pihak tertentu atau individu akan direkodkan dan sekiranya ada bantuan mencurigakan, laporan akan dibuat kepada jabatan agama Islam negeri. Pengerusi Persatuan Institut Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Ashri […]

Lebih 200 pintu Masjidil Haram dibuka mudahkan jemaah haji

MAKKAH, Selasa – Lebih 200 pintu Masjidil Haram termasuk gerbang Raja Abdul Aziz akan dibuka bagi memudahkan pergerakan jemaah sepanjang musim haji tahun ini. Pengarah Jabatan Pintu Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdullah Al-Tumaih berkata pintu-pintu berdekatan Gerbang Raja Abdulaziz yang telah ditutup akan dibuka semula untuk memudahkan pergerakan jemaah haji di sisi barat masjid […]

Pub ditukar jadi pusat Islam di UK

BRITAIN, Jumaat- Sebuah pub di bandar Derby di selatan Britain telah dibeli oleh orang Islam selepas ditawarkan untuk dijual oleh pemiliknya. Setiausaha Masjid Jamia Normaton, Nazir Hussain berkata, sebagai pemimpin masyarakat, berjanji untuk menjadikan bangunan itu sebagai pusat komuniti untuk Muslim kawasan tersebut. “Kami membelinya kerana ia adalah untuk dijual. Bukan untuk mencetuskan apa-apa salah […]

Pesan Tok

Oleh KHALEED HAFIDZ Sambil bersimpuh, tangannya memainkan songel tembakau yang tersentil di bibir. Tok memulakan cerita… “Allah SWT telah menganugerahkan kebebasan kepada semua hamba-Nya. Dia tak pernah menyekat. Hiduplah macam mana pun, asalkan tak melanggar syariat. “Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah berkata: “Bilakah kamu menganggapkan manusia ini hamba kamu, padahal mereka telah dilahirkan oleh ibu […]

Formula Khulafa’ ar-Rasyidin

Menjadi pemimpin khususnya pemimpin dalam komuniti yang berskala besar ternyata bukan satu tugas yang mudah. Ia bukan satu kemasyhuran. Ia juga bukan untuk merajai kekuasaan. Ia adalah amanah yang Allah SWT pertanggungjawabkan supaya menjaga kesejahteraan dan kemaslahatan seluruh manusia, makhluk dan sumber alam yang berada di bawah tadbir selianya. Tugas pemimpin adalah termasuk melaksanakan perundangan […]

Mukhayyam satukan Sahabat Yadim

GOMBAK, 25 OGOS – Mukhayyam Ukhuwwah Sahabat Yadim (MUHSIN) yang telah diadakan di Kem Alang Sedayu anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ternyata telah memberi pengalaman baru kepada lebih kurang 60 orang Sahabat Yadim. Program ini merupakan program khusus Sahabat Yadim Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Program selama 3 hari 2 […]