Raja Salman gesa masyarakat antarabangsa lindungi Palestin
ARAB SAUDI, Jumaat – Kerajaan Arab Saudi menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera memberi perlindungan kepada rakyat Palestin yang saban hari ditindas akibat kekejaman dan keganasan Zionis Israel. Raja Salman Abdul Aziz memutuskan untuk mengecam tindakan pihak berkuasa penjajah Zionis dan peneroka Yahudi yang terus melakukan kejahatan mereka terhadap penduduk Palestin termasuk tempat-tempat suci Islam. […]
FMD: Membina pemimpin muda berjiwa Islam
Pembinaan generasi muda adalah satu aspek yang sangat penting kepada sesebuah negara. Ini kerana, generasi muda adalah pewaris negara yang kelak akan menjadi pemimpin dan menentukan hala tuju negara. Justeru, menyedari hal demikian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mewujudkan satu program khas yang diberi nama Felo Muda Dakwah (FMD) khusus bagi membentuk pendakwah muda […]
Muhammadiyah minat kerjasama dengan Yadim
KUALA LUMPUR, 2 November – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia yang berminat mengadakan kerjasama untuk menjalankan aktiviti dakwah di kedua-dua negara. Delegasi Indonesia itu diketuai oleh Ketua Umum Pimpinan Muhammadiyah, Dr. Haedar Nashir serta diiringi oleh Setiausaha Umumnya, Dr. Abdul Mu’ti dan Ketua Umum Aisyiyah (sayap […]
Membangun model Masjid Mesra OKU
BANGI, 28 Oktober – Pembangunan konsep dan model Masjid Mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia masih berada dalam tahap kurang memberangsangkan. Golongan ini dilihat masih terpinggir dan mengalami kesukaran akses terutama dalam penggunaan kemudahan awam di masjid. Atas inisiatif untuk membangunkan konsep tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah […]
Usaha penjenamaan semula masjid dalam Festival Masjid ASEAN
KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Festival Masjid ASEAN (AMF) buat kali pertama yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Disember 2015. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata, kejayaan masjid dalam menyatukan masyarakat pada masa lalu telah terbukti […]
Ustaz Dr Muhammad Uthman El-Muhammady: Pejuang tegar Ahli Sunnah wal Jamaah
Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 1 Februari 1943 di Kampung Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan, mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya dinaiktaraf menjadi Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan […]
Islam sebagai agenda utama negara
KELANTAN, 26 Oktober – Perkembangan dan pembangunan Islam sepanjang 58 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, ternyata telah menarik perhatian banyak negara Islam lain dengan kesungguhan kerajaan Malaysia meletakkan Islam dalam agenda utama menuju ke arah sebuah negara maju. Justeru, Seminar Pembangunan Islam di Malaysia bertempat di Dewan Pusat Dakwah Jeli (Pondok Moden) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah […]
Pengaruh media terhadap pemikiran dan jiwa umat Islam
Oleh: Dr Saodah Abd Rahman Media memainkan peranan penting bagi menyebarkan maklumat sama ada berunsurkan negatif atau positif. Kemajuan teknologi telekomunikasi menjadikan manusia merasai bahawa dunia ini adalah kecil dan tanpa sempadan. Pada zaman dahulu manusia sukar untuk mendapat maklumat dan menghubungi antara satu sama lain terutama apabila berada dalam sempadan yang berbeza. Maklumat dan […]
Israel mula patuhi status masjid Al-Aqsa
BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan mengekalkan pendiriannya kelmarin untuk tidak membenarkan orang bukan Islam bersembahyang di pekarangan masjid Al-Aqsa. “Israel menegaskan kembali komitmennya untuk mengekalkan status quo terhadap Temple Mount (masjid Al-Aqsa) dalam bentuk ayat dan tindakan. “Israel akan terus menguatkuasakan polisi jangka panjangnya bahawa orang Islam boleh bersembahyang di masjid berkenaan […]
Bangkitlah wahai umat Muhammad!
Seorang lelaki sibuk membelek kalendar meja. Baru perasan yang tidak lama lagi bulan Muharam akan menjelma. Dia mula teringatkan sesuatu lalu segera mencapai telefon pintar yang berada dalam clutch. Hujung jari telunjuk terus ditolak ke atas ke bawah, ke kiri dan ke kanan. Mencari maklumat yang dimahukan. Senyum melebar apabila apa yang dimahukan terbentang di […]