Indeks syariah cipta sejarah

TARIKH 10 Februari akan tercatat dalam sejarah bukan sahaja buat negara, bahkan seluruh dunia Islam. Kelmarin rasmilah sudah Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebenarnya idea dan cetusan awal pembangunan Indeks Syariah Malaysia ini diilhamkan oleh Najib sendiri. Idea ini tercetus apabila dalam satu pertemuan tertutup dengan pimpinan NGO […]

Saling berbincang merungkai perbezaan

KUALA LUMPUR 10 Mac – Perbincangan atau musyawarah perlu diadakan jika berlaku sebarang perbezaan atau pertelingkahan pendapat dalam kalangan pendakwah kerana dengan cara itu barulah masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias berkata, sifat keterbukaan dan saling menghormati juga perlu ada dalam menguruskan kepelbagaian pendapat itu. “Selain itu, kena […]

Berlapang dada rai perbezaan

Ramai yang berasa lega apabila episod ‘perbalahan’ dua tokoh agama terkemuka akhirnya selesai tatkala keduanya bertemu dan akhirnya berkongsi pentas dakwah malam tadi secara bersama. Tanggungjawab penulis selaku seorang Islam dan sahabat untuk mempertemukan kedua-dua tokoh ini tidaklah sukar kerana mereka adalah contoh manusia berjiwa besar yang bersedia mengakui kelemahan dan bertolak ansur dengan membuang […]

Kuasa senyuman dalam dakwah

Senyuman mempunyai kuasa? Bukankah ia hanya satu bentuk gerakan bibir yang berubah dari posisi asal? Namun ternyata ia memberi impak luar biasa. Pernahkah anda melalui situasi sebegini? Anda dalam keadaan tertekan memikirkan masalah yang dihadapi yang dirasakan amat berat, kemudian anda bertemu seseorang yang tak dikenali, dalam keadaan beliau yang tidak lekang dengan senyuman. Walhal keadaan […]

Anugerah untuk ‘orang dakwah’

KUALA LUMPUR, 6 MAC – Buat julung-julung kalinya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengiktiraf tokoh dan organisasi yang terlibat dalam kerja-kerja dakwah dengan menganjurkan Anugerah Dakwah Negara. Majlis Anugerah Dakwah Negara yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan Felda itu dihadiri oleh tetamu-tetamu daripada pelbagai peringkat penglibatan dakwah. Terdapat 6 kategori yang diketengahkan pada penganjuran kali ini. Anugerah […]

Yadim dan Pusrawi bantu mangsa banjir

JERANTUT, 2 Mac – Misi bantuan pasca banjir diteruskan lagi oleh Sukarelawan Al-Falah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dalam usaha untuk menyumbang bakti kepada mereka yang memerlukan setelah rumah mereka dilanda banjir pada tahun lalu. Kali ini, program anjuran Doktor Pakar Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dengan kerjasama Sukarelawan Al-Falah ini ke Kg. Merting dan […]

Faham Islam elak ideologi asing

KUALA LUMPUR 2 Mac – Lebih 2,000 pelajar lepasan menengah menghadiri Program Jejak Menara 2015 Peringkat Negeri Kelantan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diadakan Sabtu lalu di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Menurut Yang Dipertua Yadim, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, program tersebut diadakan bagi membantu pelajar-pelajar yang sedang […]

Metod Dakwah Alaf Baru

Oleh Sabir Abdul Ghani Masalah sosial merupakan satu “wabak” yang dilihat kian meruncing dan dihadapi oleh seluruh negara. Malaysia tidak terlepas daripada masalah ini yang memperlihatkan statistik yang meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta dalam mengatasi masalah ini. Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya Mukadimah, beliau menyatakan […]

Simposium Muamalah Islam

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Dalam usaha untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada umat Islam berkenaan sistem kewangan Islam dengan secara mendalam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia meneruskan lagi Simposium Muamalah Islam edisi 2015. Simposium yang dianjurkan di Grand Ballroom, Menara FELDA ini merupakan siri pertama dengan kerjasama Yadim dan FELDA. Dalam simposium tersebut, empat orang […]

Siapa Melayu?

Peluang membaca hasil tulisan Zainal Abidin Borhan (Prof. Madya Datuk) dalam buku “Sains, Agama dan Budaya di Alam Melayu” benar-benar memberikan makna yang indah kepada sang pembaca. Dalam tulisan ini, Zainal membuka mata pembaca tentang beberapa ciri Melayu. Dalam keadaan umat Melayu yang semakin tidak kenal dunia kemelayuannya, maka hasil tulisan beliau ini wajar dikongsi […]