Dukacita gambaran negatif terhadap agensi agama

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sikap pihak tertentu yang cuba memperkecilkan atau memberi gambaran negatif terhadap kewujudan agensi-agensi Islam mutakhir ini. Seri Paduka bertitah, perlu difahami bahawa kewujudan agensi tersebut di peringkat Persekutuan dan negeri adalah bagi melaksanakan fungsi pengurusan serta pembangunan hal […]

Buanglah sampah dengan betul

Dalam dunia ini siapa yang sukakan sampah sarap? Sampah sarap sudah tentunya sinonim dengan kekotoran. Adakah wujud manusia yang normal sukakan kekotoran yang berkait rapat dengan bau busuk dan penyakit? Jika dalam komuniti yang kecil seperti di dalam rumah dan kejiranan, kita masih melihat ia di skala yang kecil tetapi sekiranya pengurusan sampah tidak dilaksanakan […]

Penyakit hati punca kejadian jenayah

Oleh : Dato’ Dr Ismail Ibrahim Pengerusi Institut Profesional Baitul Mal Kita terkejut, marah dan sedih, membaca akhbar atau menonton televisyen yang sering memaparkan kekejaman dan sifat kebinatangan yang dilakukan oleh orang terhadap orang lain, yang kadang-kadang melibatkan deraan, perlakuan ganas, penyiksaan fizikal dan pembunuhan yang kejam. Dalam banyak hal, masyarakat kita mengalami penyakit psikologi […]

Ajaran sesat

Istilah “ajaran sesat” adalah satu istilah yang bersifat relatif (tidak mutlak) kerana terdapat banyak takrifan dan definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakal sesat pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dan […]

Majlis Fatwa Kebangsaan haramkan penggunaan vape dan rokok elektronik

SEPANG, Selasa – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di sini malam tadi. Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan […]

Ketakwaan sebagai asas utama dalam kehidupan

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Cabaran dalam menghadapi kehidupan pada hari ini, ternyata amat berbeza daripada dahulu. Lebih-lebih lagi kepada institusi kekeluargaan yang memerlukan kepada pengukuhan dalaman bagi melahirkan keluarga yang bahagia. Disebabkan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menganjurkan program Bicara Sakinah yang mengupas tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga […]

Selawat ke atasmu ya Rasulullah SAW, memperingati akhlakmu

Dahulu, apabila ditanyakan kepada kita siapa idola kita dalam hidup ini? Ramai yang menjawab, idola saya adalah…sekian…sekian dan lazimnya, ramai yang memilih artis sebagai idola. Idola maksudnya orang yang sangat diminati (dikagumi). Lantaran artis sering menjadi perhatian di dada akhbar dan majalah pada masa itu, sudah tentu mereka jugalah yang paling diminati. Ada satu tahap, […]

Mencontohi akhlak Rasulullah SAW

“Engkau bukan seperti yang biasa datang.” Lontaran kata-kata itu menyebabkan Saidina Abu Bakar RA menahan tangis. Si pengemis Yahudi buta tersebut mengatakan bahawa yang menyantuninya saban pagi sentiasa menghaluskan makanan sebelum disuapkan ke mulutnya. Layanan yang diterimanya kini cukup berbeza. Sedangkan dia tidak mengetahui yang melayaninya sebelum ini adalah insan yang seringkali dicaci dan difitnah […]

Pakatan pasukan tentera perikatan Islam

DUBAI 15 Dis. – Arab Saudi, hari ini mengumumkan pembentukan pa­sukan tentera perikatan terdiri daripada 34 buah negara Islam, termasuk Malaysia bagi me­me­rangi keganasan. Menurut satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Arab Saudi, SPA, antara negara yang membentuk tentera perikatan itu ialah Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Malaysia, Pakistan dan negara-negara Teluk dan […]

Tokoh-tokoh Agama & Kemerdekaan Di Alam Melayu

Tajuk buku                 : Tokoh-tokoh Agama & Kemerdekaan Di Alam Melayu Penulis                        : Tajuddin Saman & Abd Manaf Ahmad Penerbit                      : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Harga                          : RM17.00 Cetakan                      : Ketiga (2016) Jumlah halaman        : 137 ISBN                            : 983-9878-62-X   […]