Jangan perlekeh institusi agama
MUTAKHIR ini tampak makin menjadi-jadi fenomena memperlekeh institusi agama. Semacam ada suatu usaha bersepadu dan tersusun untuk mempersendakan dan menzahirkan kelemahan institusi-institusi yang mengurus hal-ehwal Islam di negara ini. Dalam teori politik revolusi, pendekatan sebegini dilihat sebagai satu upaya bagi menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap institusi, sekali gus memudahkan agenda perubahan mengikut matlamat yang dicita-citakan. […]