Pendakwah perlu lebih bijak
JOHOR BAHRU, 4 Disember – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengakhiri Program Dakwah Negara bagi tahun 2014 di Bandaraya Johor Bahru dengan pelbagai program yang telah disusun dengan kerjasama TV Al-Hijrah dan Kerajaan Negeri Johor. Program ini dilaksanakan bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Karnival Hijrah yang berlangsung dari 3 hingga 6 Disember […]
Karnival Hijrah berkampung di Johor
JOHOR BAHRU, 3 Disember – Karnival Hijrah Negeri Johor sempena Program Dakwah Negara 2014, kini berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru dari 3 hingga 5 Disember 2014 bersamaan 10 hingga 13 Safar 1436H. Program pertama yang telah berlangsung adalah Wacana Pemantapan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang diadakan di Dewan Mawar, Yayasan Warisan Johor. Seramai […]
Hello world!
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
Bola sepak ajar disiplin jemaah
KETIKA menulis artikel minggu ini, mata penulis sesekali memandang ke arah televisyen menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia Fifa di antara pasukan terkemuka dunia Portugal menentang Jerman. Hakikatnya, permainan bola sepak diminati segenap lapisan masyarakat. Penulisan kali ini, penulis memfokuskan satu pengajaran penting daripada sukan bola sepak, iaitu semangat berpasukan dalam menentukan kejayaan sukan berprestij ini. […]
Raikan perbezaan jauhi cercaan
SEJAK akhir-akhir ini begitu banyak perdebatan di media sosial berkenaan dengan hukum-hakam agama. Kebanyakan perbahasan yang diperhatikan penulis berkisar seputar isu ranting atau cabang agama. Malangnya perbezaan tersebut tidak ditangani secara bijaksana, adab dan penuh terhormat. Sebaliknya, cercaan, makian dan tuduhan menjadi fenomena lumrah, bagaikan membudaya dalam diri apabila sesuatu pendapat itu tidak seiring dengan pendiriannya. […]
Setahun menerajui Yadim
SEMALAM genap setahun penulis menerajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), setelah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri. Sememangnya bukan mudah untuk membuat keputusan meninggalkan dunia kewangan Islam yang ternyata lebih tenang lagi menyenangkan. Dalam hidup ini tidak semestinya apa kita harap dan rancang akan menjadi kenyataan. FirmanNya: Dan pada sisi ALLAH jualah anak kunci perbendaharaan segala […]
Dakwah melangkaui sempadan parti
SEMALAM penulis mengunjungi mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas di pejabat beliau, Institut Pemikiran Tok Guru. Walaupun kelihatan agar uzur, namun Tuan Guru masih ceria bersemangat berkongsi pengalaman dan berbincang mengenai pelbagai topik dan isu semasa hampir satu setengah jam. Kunjungan ini adalah sebagai penghormatan […]
PNB institusi merealisasi maqasid
DUA malam lepas, penulis dijemput Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai ahli panel dalam satu forum khas sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-15 di Pusat Transformasi Luar Bandar, Kota Bharu. Sesungguhnya melihatkan pencapaian PNB setelah 36 tahun ditubuhkan amatlah memberangsangkan. Kini lebih RM267 bilion dana-dana daripada hampir 11.9 juta pelabur kalangan rakyat marhaen diuruskan […]
Bersihkan organisasi dari hasad
SESEBUAH organisasi yang kuat bukan sahaja bergantung pada prestasi kerja dan ketekunan warganya, tetapi juga bebas hasad dengki. Sejarah zaman berzaman membuktikan bagaimana antara penyakit hati paling digeruni kerana kemampuannya meruntuhkan umat ialah hasad. Hasad atau istilah mudahnya dalam bahasa Melayu ialah dengki. Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab masyhurnya Ihya’ Ulumuddin, hasad ialah satu perasaan […]
Pas Kelantan boleh laksana hudud
SEMALAM penulis berkesempatan pulang ke kampung halaman di Kelantan dan singgah di sebuah kedai kopi pinggiran bandar Kota Bharu. Terdengar perbualan hebat meja bersebelahan mengenai perlaksanaan hudud di Kelantan. Seorang daripada mereka dengan nada gembira menyuarakan rasa syukur membaca laporan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan […]