Home » Citra Yadim » 2,000 sertai Roadshow Dakwah 2.0

2,000 sertai Roadshow Dakwah 2.0

KUALA TERENGGANU 3 Sept. – Program Roadshow Dakwah 2.0 yang berlangsung di KT Walk, di sini, pada 2 September, laini telah mendapat sambutan yang begitu baik dengan berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 orang.

Dalam program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Timur bersama beberapa agensi itu, para pengunjung telah disajikan dengan nyanyian lagu-lagu berunsur ketuhanan oleh kumpulan muzik tempatan iaitu, Akustika D’Simpang.

Selain nyanyian lagu-lagu berunsur dakwahitu, turut dipersembahkan adalah bacaan puisi dan diselang-seli dengan tausiah yang menyentuh aspek seperti hati yang bersyukur, tanggungjawab individu Muslim, didik keluarga cara Nabi, kewajipan menjaga maruah diri dan pemuda-pemudi harapan agama.

Eksekutif Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, apa yang menarik adalah program ini mendapat kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak antaranya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Nasional  (LPPKN) serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

“Antara NGO yang terlibat sama dalam program ini termasuk Pertubuhan IKRAM Terengganu, Aman Palestin Terengganu, Sukarelawan PERKIM, Sukarelawan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan  Persatuan Ibu Tunggal Kuala Terengganu,’’ katanya.

Beliau berkata, penganjuran Roadshow Dakwah 2.0 adalah satu bentuk dakwah yangh cuba dilakukan oleh Yadim memandangkan ia lebih mudah diterima oleh semua pihak terutama golongan muda.

“Ruang dakwah melalui hiburan adalah antara ruang yang tidak patut dipinggirkan oleh para pendakwah mahupun pihak berkuasa agama kerana ruang ini mempunyai pengikut-pengikutnya yang tersendiri sama ada di media-media cetak mahupun saluran media baru.

“Peluang berdakwah cara ini wajar direbut oleh para pendakwah dengan usaha yang lebih giat dengan melipatgandakan kreativiti dan kemahiran yang ada,’’ katanya.

Beliau berkata, Yadim berharap melalui persembahan yang diadakan itu, dapat memberi informasi dakwah terutamanya berkaitan dengan akhlak, sosial serta tanggungjawab dalam keluarga dan  melaksanakan kempen ”Sayangi Diri Anda” kepada golongan muda dan generasi Y agar tidak terjebak dengan budaya negatif.

Jelasnya, Yadim juga mahu melahirkan lebih ramai kalangan `Sahabat Dakwah’  dari kalangan penghibur, artis dan juga seniman serta menampilkan imej yang baik kepada agensi-agensi pelaksana melalui kolaborasi penganjuran pelbagai program ilmu di lapangan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *