Home » Citra Yadim » 200 set barangan keperluan untuk Amal, Perkiwisa

200 set barangan keperluan untuk Amal, Perkiwisa

BANGI – Program kerjasama menyantuni mereka yang memerlukan diteruskan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Kali ini ia dilaksanakan dengan Yayasan Amal Malaysia (Amal) dan Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (Perkiwisa).

Pada 1 Julai, sebanyak 100 set barangan keperluan harian diserahkan kepada Amal oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu acara ringkas di sini kepada Pengerusi Amal, Haji Hussin Ismail.

Dr Zulkifli berkata, kerjasama antara kedua pihak ini sewajarnya diteruskan untuk manfaat semua dan yakin ia akan membuahkan hasil, berdasarkan pengalaman luas dimiliki kedua badan ini.

Beliau turut menyeru orang ramai yang berkemampuan untuk sama sama membantu menyantuni lebih ramai yang memerlukan.

“Pada yang kurang berkemampuan dan memerlukan pertolongan, jangan segan untuk hubungi agensi dan badan bukan kerajaan untuk dapatkan bantuan,” ujarnya.

Hadir sama ke acara ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengurus Besar Amal, Haji Salleh Farmin. Amal akan mengagihkan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan ini.

Sementara itu, sebanyak 100 set yang sama diserahkan kepada Perkiwisa. Badan amal ini akan mengagihkannya kepada ibu tunggal, guru tahfiz dan golongan B40 yang menjadi sasaran mereka bagi dibantu.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *