Home » Citra Yadim » 200 asnaf Tangkak terima sumbangan

200 asnaf Tangkak terima sumbangan

Dr Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf dalam program Yadim Peduli Cuci Cuci dan Musa'adah Pasca Covid-19 Negeri Johor. - Foto Jawhar

TANGKAK – Seramai 200 asnaf di kawasan ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program YADIM Peduli Cuci Cuci dan Musa’adah Pasca Covid 19 Negeri Johor di sini pada 8 Ogos.

Bertempat di Madrasah Tahfiz Al Fath di sini, program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Taqwa, Yayasan Waqaf, serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

YADIM turut menyumbang sebanyak RM1,000 kepada madrasah ini selain pemberian pinggan untuk kegunaan para pelajarnya.

Yayasan Wakaf juga menyumbang sebanyak RM10,000 kepada madrasah ini.

Program yang bermula jam 8 pagi dimulakan dengan program Cuci Cuci oleh YADIM.

Kawasan persekitaran dan bangunan madrasah dibersihkan oleh tujuh orang sukarelawan YADIM dan pelajarnya.

Dalam pada itu, Mudir madrasah ini, M. Ab Halim Ali berkata pihaknya amat terharu dengan penganjuran program ini yang disifatkannya sebagai satu kejutan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada YADIM dan Dr Zulkifli kerana mengusahakan untuk membawa pasukan Cuci Cuci ke madrasah itu.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *