Home » Citra Yadim » 20 terima sumbangan SAR YADIM

20 terima sumbangan SAR YADIM

PUTRAJAYA – Sebagai usaha membantu meringankan beban golongan sasaran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyantuni 20 pelajar di sini pada 29 November.

Program Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM itu dianjurkan dengan kerjasama syarikat pengurusan acara, Sinergi Ilmu Sendirian Berhad (Sinergi Ilmu), Perbadanan Putrajaya, Putrakop dan syarikat pakaian Canggih.

Para pelajar tersebut terdiri daripada keluarga terpilih dari sekitar Putrajaya.

Kesemua mereka dibenarkan memilih sendiri barangan keperluan sekolah dan pakaian jenama Canggih bernilai RM100 sebagai persiapan menghadapi musim persekolahan akan datang.

Program ini adalah sebahagian acara dalam Karnival Back To School Putrajaya 2.0 yang diadakan di Perbadanan Putrajaya di sini.

Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Hafiz Musa hadir sama menyantuni para pelajar berkenaan.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Sinergi Ilmu, Jaini Mohd, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Syahrizal Mat dan Penolong Pengarahnya, Muhammad Muzammil Musbah.

Selain menerima sumbangan keperluan sekolah dan pakaian, para pelajar dan ahli keluarga juga diberikan ceramah motivasi mengenai pendidikan.

Sinergi Ilmu telah bekerjasama dengan YADIM dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak sembilan tahun lalu.

Antara program program tersebut termasuklah ketika di Ekspo Bulan Islam, Karnival Robotik Putrajaya dan Festival Kesenian Dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2019 baru baru ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *