SETIAP Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak lupa menyantuni golongan ibu tunggal, anak-anak yatim,warga emas dan miskin di daerah berkenaan.
Inisiatif terbaharu mereka pada 17 Jun menyaksikan seramai 20 buah keluarga di kawasan Kebun Bharu, Kampung Medan dan Taman Pahlawan di Telok Panglima Garang telah disantuni SAY Kuala Langat.
Kali ini beberapa orang pelajar sekolah rendah agama di sekitar kawasan Sijangkang juga menerima agihan pek makanan siap bermasak.
Kesemua menerima agihan pek makanan bermasak serta sedikit wang tunai.
Turun padang menyampaikan sumbangan ini ialah Pengerusi SAY kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Rasid Yusof,Rahim Badar dan Norhayati Dukeeran.
KOMEN