Home » Langit Terbuka » 20 rumah amal dikaitkan dengan GISB diserbu, 402 kanak-kanak diselamatkan

20 rumah amal dikaitkan dengan GISB diserbu, 402 kanak-kanak diselamatkan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20 premis dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan diserbu pagi tadi dalam operasi OP Global.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam serbuan di rumah amal tersebut polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun.

Serbuan turut menahan 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 tahun.

“Hasil serbuan mendapati terdapat kesalahan pengabaian serta penganiayaan ke atas penghuni terdiri daripada kanak-kanak.

“Kesemua mangsa kanak-kanak yang diselamatkan akan menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu di fasiliti yang telah disediakan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang petang tadi.

Katanya OP Global dilancarkan susulan laporan yang diterima pada 2 September lalu mengenai kes pengabaian kanak-kanak, amang seksual, dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Razarudin berkata modus operandi dijalankan suspek ialah mangsa diajar dan dididik cara-cara meliwat, dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

“Mangsa yang sihat tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal. Mangsa kanak-kanak digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan,” katanya.

Tambah beliau mangsa juga turut dicederakan menggunakan objek yang dipanaskan sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan.

Tubuh mangsa juga disentuh dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam.

Razarudin berkata OP Global melibatkan kekuatan seramai 705 pegawai dan anggota PDRM serta dibantu 287 pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *