Home » Citra Yadim » 20 keluarga Orang Asli terima sumbangan SAY Kuala Langat

20 keluarga Orang Asli terima sumbangan SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – Meskipun sekadar barangan dapur ringkas, namun untuk penerimanya, ia satu sumbangan cukup bermakna.

Ia menunjukkan tanda ingatan yang tidak pernah putus untuk mereka.
Walaupun tidak dizahirkan dengan ucapan, namun riak wajah jelas mengungkapkan rasa terima kasih mereka.

Pada 21 Julai, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyantuni 20 keluarga Orang Asli di sini dengan pemberian barangan keperluan harian. Sumbangan disampaikan termasuklah kepada lima keluarga not yet muslim di pulau tersebut.

Pada hari yang sama juga, SAY Kuala Langat mengunjungi dan menyampaikan sedikit sumbangan untuk empat buah keluarga warga emas dan asnaf di sekitar mukim Telok Panglima Garang.

Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *